suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Alah you tak perlu tahulah” - Syak barang pelik sebab berat lain macam, rider terkejut rupanya disuruh hantar ‘benda’ haram

Semua orang perlu jujur dalam mencari rezeki kerana integriti lebih bernilai daripada keuntungan. -Gambar hiasan AI

NIAT seorang penghantar makanan bermotosikal (p-hailing) untuk mencari rezeki terganggu apabila beg galasnya tercemar selepas membawa pesanan mengandungi daging babi akibat sikap tidak jujur pelanggan dan peniaga.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, penunggang berkenaan mendedahkan dia pada awalnya sempat bertanyakan jenis barangan yang dibeli selepas berasa curiga dengan berat pesanan tersebut.

Bagaimanapun, peniaga terbabit didakwa sengaja berdalih dan enggan berterus terang sebelum akhirnya terpaksa mengaku selepas diasak soalan bertubi-tubi.

Barang yang terkena daging babi perlu disertu sebelum digunakan semula. -Gambar hiasan AI

Barangan yang terkena daging babi perlu disertu sebelum boleh digunakan semula mengikut hukum syarak. -Gambar hiasan AI

"Masa hubungi (pihak yang buat tempahan), dia cakap sayur. Lepas tu masa saya pick up, dia datang cepat-cepat letak sendiri dalam beg lepas saya buka.

"Lepas dia letak dalam beg, terasa berat pula. Apabila tanya apa benda ni? Tak kan sayur? Berat... jawabnya daging. Okey baiklah. Saya tanya lagi daging apa?

"Dijawabnya pula... alah you tak perlu tahu la. Menyirap la saya. Saya terus buka helmet, tekan lagi tanya daging apa baru mengaku daging babi," ujarnya.

Lebih menguji kesabaran, insiden tidak bertanggungjawab itu berlaku ketika dia baru sahaja mahu memulakan tugasan ketiga pada hari berkenaan selepas mengambil pesanan dari sebuah pasar di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Warna bertukar putih selepas digoreng, anak was-was nak makan... Wanita syak bekas suami hantar daging babi!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dipenjara 14 minggu, mengaku salah sapu daging khinzir di lantai koridor flat gara-gara anak jiran bising

Menurutnya, kejadian berkenaan memaksa dia membatalkan semua tugasan lain serta-merta demi memastikan kebersihan beg galasnya terjaga.

"Sudahnya beg saya tercemar. Terus balik untuk sertu beg. Terbantut urusan hari tersebut. Saya dapat order dekat lokasi lain tapi pandai dia suruh tunggu dekat lot kedai sebelah.

"Jadi kita tak tahu gerai dia jual apa. Sudahlah baru dapat job ketiga. Terpaksa la balik semula ke Petaling Jaya dengan tangan kosong. Kalau 'sauk' order juga, naya barang pelanggan lain.

"Bekas beg sudah tercemar. Memang la rezeki Allah atur, tapi kecewa betul la macam ni," luahnya dalam hantaran tersebut.

  • Beg penghantaran rider tercemar selepas menerima pesanan daging babi.
  • Pelanggan didakwa tidak berterus terang mengenai pesanan dibuat.
  • Rider terpaksa membatalkan perancangan mengambil tempahan lain.
  • Kejadian menjejaskan peluang rider mencari rezeki.
  • Pelanggan diharap lebih jujur dan bertimbang rasa terhadap rider.

Perkongsian tersebut mengundang simpati pengguna media sosial yang memahami kesukaran dihadapi pekerja p-hailing ketika menjalankan tugas.

Ada juga yang membangkitkan kebimbangan mengenai risiko mereka menerima pesanan tanpa mengetahui kandungan sebenar barangan yang perlu dibawa.

"Sebab perkara macam ni la rider kena hati-hati terima job. Ini baru sorok babi. Ramai yang dah sorok barang tak elok, rider tak tahu. Apabila kena roadblock, rider yang naya.

"Dia nak jual atau makan babi ke lantak ke dia la. Tapi jangan la buat naya dekat orang, lebih-lebih lagi orang Islam," komen beberapa netizen.

Sementara itu demi kefahaman bersama, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menjelaskan bahawa seorang Muslim yang bekerja dalam bidang p-hailing tidak dibenarkan menghantar makanan berasaskan babi atau barang haram lain, termasuk kepada pelanggan bukan Islam.

"Jika keadaan ini berterusan, dia perlu berusaha mencari pekerjaan yang lebih halal dan diredhai Allah SWT.

"Namun, jika pekerjaan utamanya adalah menghantar makanan halal tetapi dalam situasi tertentu dia terpaksa menghantar makanan tidak halal untuk mengelakkan kehilangan pekerjaan, maka dibolehkan dengan harapan Allah mengampuni ketergelincirannya.

"Dalam keadaan ini, dia hendaklah menyucikan sebahagian pendapatannya yang diperoleh daripada penghantaran haram itu dengan menyalurkannya untuk kepentingan umat Islam," katanya.

Artikel Lain