suria

Warna bertukar putih selepas digoreng, anak was-was nak makan... Wanita syak bekas suami hantar daging babi!

Anak-anak Cekna mula sangsi selepas daging yang digoreng berubah warna kepada putih.

LULUH hati seorang insan bergelar ibu apabila menerima beberapa keping gambar dihantar anaknya melalui aplikasi WhatsApp.

Mana tidaknya, wanita dikenali sebagai Cekta Hermosa mendakwa bekas suaminya membelikan daging babi mentah untuk anak-anak mereka.

Namun ujar wanita yang berasal dari Kedah itu, dalam hal ini dia tidak mahu cepat melatah dengan menyalahkan bekas suaminya, penjual, pihak pengurusan pasar atau mana-mana pihak.

Keadaan daging mentah yang belum di masak.

"Nak kata salah pembeli sengaja beli atau salah penjual. Wallahualam. Saya ceritakan ni atas niat untuk suruh anda semua berhati-hati apabila pergi ke pasar beli daging segar yang digantung.

"Pastikan betul-betul kenal antara daging lembu dan daging babi," tulisnya sebelum memulakan kronologi cerita.

Menerusi hantaran di Facebook, anak-anaknya meragui tentang status daging pembelian bapa mereka itu selepas warna dan teksturnya bertukar menjadi putih selepas dimasak.

ARTIKEL BERKAITAN: Restoran ‘Muslim’ tayang iklan arak? Pemilik mualaf mohon maaf, nafi jual daging babi

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahuilah hukum dalam Islam jika seseorang terpaksa mencuri makanan akibat darurat seperti musibah banjir

Susulan itu dia mengarahkan anaknya supaya menghantar gambar daging berkenaan untuk melihat sendiri keadaannya.

"Saya tanya beberapa kenalan (bangsa) Cina dan semua jawapan yang diberi (mengatakan) itu adalah daging babi.

"Mereka larang kami supaya jangan makan," katanya.

Susulan itu anak-anak Cekta menghantar mesej kepada bapa mereka dan mengadu tentang hal berkenaan.

Mesej antara Cekna dan anaknya.

Namun ujar Cekta, bekas suaminya memberitahu daging berkenaan dibelinya daripada seorang penjual Melayu di sebuah pasar basah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Apa yang lebih menyedihkan, Cekta mendakwa suaminya naik berang selepas diberitahu tentang keraguan mereka tentang daging pemberiannya.

"Anak-anak kata papa mereka maki hamun sebab beritahu mama (Cekta). Dia kata anak-anak bodoh apabila tuduh dengan mengatakan itu adalah daging babi.

Dia kata anak-anak bodoh apabila tuduh dengan mengatakan itu adalah daging babi.

CEKNA

"Katanya anak-anak yang duduk dengan Cekta jadi bodoh. Hantar ke sekolah habiskan duit saja tapi jadi bodoh juga

"Buat malu muka dia sebab Cekta tahu bab ni," katanya lagi.

Sehingga kini perkongsian Cekta dikongsi hampir 5,000 pelayar Facebook.

Selain itu Cekta menggesa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya menjalankan siasatan di pasar basah sekiranya berlaku percampuran penjualan daging lembu dan babi.

DAGING

Antara komen netizen.

Susulan perkongsian Cekna juga, netizen dilihat memberikan pandangan berbeza tentang status daging berkenaan.

Selain yakin bahawa ia adalah daging babi, ramai juga dalam kalangan netizen berpihak kepada bekas suami Cekna.

Mereka berkata terdapat satu bahagian daripada lembu yang kelihatan sama seperti yang dikongsikan Cekna di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain