suria

Wanita meratap bersalin seorang diri, suami ‘MIA’ tanpa berita... Paling sedih anak tak diazankan bapa kandung

Wanita ini berdepan dugaan apabila suaminya gagal dihubungi sebelum dia melahirkan anak.

BERAT mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Menerusi perkongsian seorang wanita bernama Norsufia Johari atau lebih dikenali dengan nama Cik Pia, dia sedih apabila perlu melalui proses bersalin tanpa kehadiran suami di sisi.

Ujar pempengaruh (influencer) yang terkenal dengan video makan sayur-sayuran di aplikasi TikTok ini, suaminya dikatakan menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita.

Antara luahan yang ditulis pada rakaman di TikTok.

Malah dakwanya, mesej yang dihantar sejak beberapa hari lalu juga hanya dipandang sepi.

"Mami (Cik Pia) kenalkan anak bertuah kesayangan ramai. Semoga menjadi anak soleh ya sayang.

"Tidak mengapa lahirmu tanpa kehadiran ayah kerana bukan itu yang akan membuatkan kita bahagia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada yang panas hati video makan sayur di TikTok, wanita ini pernah pengsan kerana dos ubat kurus berlebihan – “Syukur diberi peluang kedua”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak tak boleh bin bapa kandung, JPN suruh pilih 99 nama Allah... Wanita ini kongsi pengalaman urus keluarga tanpa suami

"Mami percaya Arumi adalah rezeki terbesar yang Allah kirimkan," katanya menerusi perkongsian terkini di TikTok pada Khamis.

Menerusi posting itu juga Cik Pia berkongsi foto anak lelakinya yang diberi nama Khaireel Arrayyan Arumi

Pada Selasa lalu Cik Pia mengundang sebak dalam kalangan netizen apabila berkongsi kisah sedihnya terpaksa mengharungi detik-detik untuk bersalin seorang diri.

w

Cik Pia bersama seorang lagi anaknya.

Lebih pedih apabila terdetik rasa cemburu tatkala melihat ibu-ibu mengandung di wad yang sama ditemani suami masing-masing.

“Saya masih kuat, tolak beg, masuk wad sendiri. Saya masih tahan dan kentalkan hati. Tapi apabila dah dekat katil air mata terus jatuh jatuh sebab cemburunya saya.

"Kiri kanan saya ada suami yang setia menemani isterinya,” tulisnya menerusi video sebelum ini.

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan status terkini hubungan Cik Pia bersama suaminya itu.

Saya menangis bukan sebab sedih ditinggalkan tetapi sebab tak tahu kenapa ditinggalkan untuk kali kedua.

NORSUFIA JOHARI

Namun berdasarkan beberapa siri perkongsian di TikTok, difahamkan hubungan Cik Pia dan suaminya berdepan masalah.

“Saya ada mesej ayahnya untuk datang azankan zuriat dia tetapi tetap sama, tak ada respons.

"Saya bukan nak patah balik pada dia cuma saya nak dia ada tanggungjawab pada anak-anak saja. Jadi tak adalah nanti fitnah kata saya tak bagi tengok," ujarnya lagi.

r

Cik Pia mendaftar masuk ke wad untuk bersalin seorang diri.

Malah Cik Pia turut memberi gambaran bahawa ini bukan kali pertama dia ditinggalkan suami.

"Kenapa saya menangis bukan sebab saya sedih ditinggalkan tetapi sebab tak tahu kenapa ditinggalkan untuk kali kedua... dia tinggalkan bersama anak yang baru nak kenal dunia.

"Dengan tak ada bisnes, tak ada pendapatan, beban hutang kereta dan tak ada nafkah.

"Kenapa buat macam ni dan buat lebih teruk daripada yang pertama kali ditinggalkan,” dakwa Cik Pia lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain