Bayi di bawah usia setahun memerlukan diet khas dan elakkan pemberian makanan orang dewasa. -Gambar hiasan AI
MEMBERI atau menyuap makanan kepada bayi memerlukan ketelitian mengikut kesesuaian usia bagi memastikan keselamatan dan kesihatan si kecil sentiasa terjaga.Namun, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila ibu mentuanya didakwa bertindak 'memandai-mandai' menyuap ais kacang kepada bayinya yang baru berusia sembilan bulan. Lebih mengecewakan apabila anaknya dikatakan tidak lagi mahu makan makanan bayi, sedangkan dia selama ini bersungguh-sungguh menyediakan makanan khas untuk si kecil tanpa garam dan gula.Menjaga pemakanan anak masih kecil bukan satu tugas yang mudah. -Gambar hiasan AI"Tak tahu nak bagi respons macam mana. Mak mentua bagi ais kacang kat bayi saya sembilan bulan. Macam mana tahu? Abangnya yang tegur opahnya, dia kata... adik tak boleh makan lagi."Hari ini pun abangnya cakap lagi dekat saya, opah bagi adik makan ais kacang. Depan opahnya dia cakap dekat saya, tapi tak ada perasaan bersalah pun," tulisnya di Threads penuh kecewa.Tambah wanita itu, situasi sama pernah berlaku ketika anak sulungnya berusia setahun apabila ibu mentuanya memberikan sup daging berperisa yang dimasak untuk hidangan keluarga."Penat jaga, no salt no sugar. Lepas dari balik kampung, dia tak nak dah makan makanan bayi. Nak yang ada rasa juga.ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan suruh masak pun” - Wanita sakit hati sikap berkira pengasuh, enggan tolong lenyekkan buah untuk anakARTIKEL BERKAITAN: Isteri terpaksa rayu ihsan suami, minta jangan ‘rampas’ masa nikmati makanan - “Bukan kedekut, cuma lapar macam orang gila”"Sedih tau penat jaga makanan anak. Tiap hari buat stok makanan dengan cermat dan teliti. Tapi orang rapat dengan kita bagi anak kita makanan yang belum sampai umurnya."Suami dan kakak ipar ada tegur secara terus. Tapi mak mentua cakap sikit je, kemudian dia bagi lagi. Anak saya yang empat tahun pun tegur," luahnya.Perkongsian itu mengundang simpati pengguna Threads yang memahami kekecewaan seorang ibu apabila usaha menjaga pemakanan anak seolah-olah tidak dihormati.Mentua beri cucu usia 9 bulan makan ais kacang.Cuvu umur 4 tahun tegur nenek, larang suap makanan manis.Ibu terkilan anak tak mahu makan bayi.Si ibu sedih penat sediakan makanan bayi tanpa garam dan gula.Warga maya simpati dengan pengadu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau cakap baik-baik, tak boleh dengar... hamunkan saja. Kesian bayi, apa benda la disuapnya ais kacang."Orang tua begitu la. Bagi sikit rasa-rasa katanya. Makcik saya bagi cucu 10 bulan makan kuih muruku. Tercekik budaknya. Jenuh kena korek mulut dia."Tegaskan dengan mak mentua awak. Cakap je anak tu belum boleh diberi makanan manis. Lepas dah dua tahun barulah boleh bagi makanan sedap-sedap," komen beberapa netizen.