suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri terpaksa rayu ihsan suami, minta jangan ‘rampas’ masa nikmati makanan - “Bukan kedekut, cuma lapar macam orang gila”

Beri ruang untuk isteri menikmati hidangan selepas penat mengurusakan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

MENGGALAS tanggungjawab sebagai ibu yang menguruskan anak kecil bukanlah satu tugas mudah kerana seseorang itu perlu membahagikan masa antara kerja rumah serta menguruskan anak, sehingga keperluan diri sendiri terpaksa diketepikan.

Seorang wanita meluahkan rasa penat melalui fasa berkenaan sehingga mengakui waktu makan menjadi antara saat paling dinantikan untuk dia berehat seketika.

Menurut wanita itu, sejak mempunyai anak kecil yang masih bayi, dia hanya mempunyai satu permintaan kecil kepada suaminya iaitu membiarkan dia menikmati hidangan tanpa sebarang gangguan.

Menguruskan anak sambil mengemas amat memenatkan. -Gambar hiasan AI

Menguruskan anak sambil mengemas amat memenatkan. -Gambar hiasan AI

"Sejak aku ada bayi, satu perkara saja aku merayu dekat suami. Jangan kacau aku makan. Jangan ambil makanan aku.

"Sebab kadang-kadang seharian sibuk kemas rumah dan jaga bayi sampai tak sempat nak makan. Apabila bayi dah tidur, waktu itulah baru aku dapat nak makan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta isteri lenjan setiap hari, harta sendiri ‘sedekah’ kepada adik... Wanita ‘hidu’ sesuatu tak kena lepas 2 bulan kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Nak pasang skru pun tak reti! Wanita serabut suami ‘buta’ bab pertukangan, syok main telefon tengok isteri pasang almari

Namun katanya, peluang untuk menikmati makanan dengan tenang juga tidak selalunya hadir kerana tangisan dan rengekan bayi memerlukan perhatiannya.

Jelas wanita itu, meskipun perkara tersebut mungkin kelihatan remeh bagi sesetengah orang, namun makanan menjadi pengubat sementara kepada keletihan sepanjang hari.

"Tu pun makan tak ada nikmat sebab bayi asyik merengek. Apabila suami makan makanan aku, sumpah aku boleh menangis.

"Sebab aku penat. Jadi apabila aku makan, aku lupa yang aku tengah penat. Penat jadi ibu, isteri tapi tak pernah terluah," katanya.

Tambahnya, kepenatan menjalankan tanggungjawab hanya dapat hilang seketika semasa makan.

"Bukan kedekut, cuma lapar macam orang gila," katanya.

  • Ibu penat urus bayi, merayu suami jangan ganggu waktu makan.
  • Seharian jaga anak, waktu makan jadi saat ibu lepaskan penat.
  • Isteri mengaku boleh menangis apabila suami mengambil makanannya.
  • Bukan kedekut, wanita cuma mahu menikmati makanan dengan tenang.
  • Luahan ibu itu mendapat sokongan ramai wanita senasib.

Perkongsian berkenaan disokong warga maya terutama golongan ibu yang mengakui kepenatan mereka hanya dapat dihilangakn sewaktu makan.

"Saya pun macam tu, masa makan tolong jangan kacau dan suami pun faham.

"Aku bab makan pun sama, jangan main-main. Sesiapa kacau pun boleh buat aku moody sepanjang hari.

"Saya akan suruh suami dan anak makan dulu sebab masa saya makan jangan sesiapa ganggu," komen netizen.

Artikel Lain