suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buat main janji taubat, wanita terkedu pintu rezeki tertutup rapat lepas jejak semula kelab malam!

Pintu taubat dan peluang untuk berubah sentiasa terbuka bagi mereka yang mahu melangkah. -Gambar hiasan AI

SETIAP perjalanan untuk meninggalkan sisi gelap dan menuju ke arah kebaikan lazimnya sarat dengan ujian yang tidak pernah dibayangkan.

Begitulah iktibar yang dipetik daripada pengalaman seorang wanita apabila berkongsi kisah dukanya diuji kehilangan sumber pendapatan selepas berhenti mengunjungi kelab hiburan.

Berkongsi cerita di Threads, ujarnya, suatu ketika dahulu dia begitu hanyut dengan gaya hidup sosial termasuk ketagihan minuman keras dan rutin ke kelab malam sejurus tamat waktu bekerja.

"Kerja pula pukul 7 pagi hingga 6 petang. Jadi setiap kali tiba hari Jumaat, mesti hubungi kawan-kawan. Banyak betul duit masa tu, pergi naik e-hailing dari Damansara ke kelab," ujarnya memulakan cerita.

Mereka yang berubah ke arah kebaikan sering diuji dengan pelbagai perkara. -Gambar hiasan AI

Mereka yang berubah ke arah kebaikan sering diuji dengan pelbagai perkara. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, kehidupan tersebut dilalui selama beberapa tahun sehinggalah dia diuji dengan kemalangan bersama rakan.

Peristiwa ngeri tersebut benar-benar meninggalkan trauma mendalam apabila dia menyaksikan sendiri rakan karibnya berlumuran darah akibat ditolak.

"Masa tu saya teringat, mungkin Allah tegur sebab apabila nak pergi kelab malam ada saja duit, tapi untuk perkara lain rasa miskin sangat.

  • Wanita kongsi pengalaman meninggalkan tabiat minum alkohol dan mengunjungi kelab hiburan.
  • Mengakui kerap ke kelab setiap Jumaat dan sanggup mengeluarkan wang untuk perjalanan dari Damansara ke KL.
  • Selepas berhenti, dia menerima banyak tawaran kerja dan merasakan kehidupannya berjalan lancar.
  • Namun, dia 'hanyut' dan kembali kepada aktiviti hiburan.
  • Kini, dia berusaha memperbaiki diri dan menegaskan tidak mahu kembali kepada tabiat lama.

"Rezeki rasa semakin sempit, jadi saya nekad berhenti buat semua aktiviti tu. Tanpa diduga, lepas berhenti rezeki pula tak putus-putus masuk," katanya yang terus istiqamah dengan perubahan dilakukan.

Perubahan itu membuah hasil manis apabila pintu rezekinya terbuka luas dengan pelbagai tawaran kerja sehingga urusan kehidupan seharian berjalan dengan begitu lancar.

Namun, ketenangan dan kesenangan hidup yang dikecapi rupa-rupanya menguji iman wanita berkenaan sehingga dia alpa lalu tewas untuk kembali ke alam kelab malam.

"Aku mula balik (aktiviti hiburan) dan masa itulah baru aku sedar langit tinggi ke rendah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tegur geng tudung labuh berbau kepam, ketiak busuk... Nasihat jaga kebersihan - “Saya faham mereka elak tabarruj”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengakuan pemuda suka sarung telekung buat ramai terkejut, rasa diri ‘istimewa‘ dapat solat bersama jemaah wanita di masjid

"Allah bayar tunai, semua kerja aku terjejas. Klien tak mahu sambung kontrak. Hutang tak boleh nak bayar," tambahnya yang menyesali kesilapan dilakukan.

Mengakui kini berusaha kembali memperbetulkan langkah, wanita itu meluahkan rasa syukur kerana masih diberi ruang dan peluang oleh Pencipta untuk bertaubat.

Perkongsian sarat pengajaran itu menarik perhatian ramai warga maya yang rata-ratanya memberi sokongan serta mendoakan agar dia diberikan kekuatan untuk terus kekal istiqamah.

"Saya doakan yang terbaik untuk awak, semoga terus istiqamah.

"Bagusnya awak belajar daripada kesilapan, yang penting jangan sesekali berputus asa," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain