DALAM hubungan suami isteri, tidak semua cerita dalam kain perlu disampaikan kepada orang luar.Namun menurut seorang lelaki, maruahnya bagaikan tercalar apabila isterinya sering berkongsi perkara-perkara sensitif dengan rakan karibnya. "Engkau bayangkan, secara tiba-tiba terbaca mesej WhatsApp bini aku dengan kawan baik dia. Penuh dengan cerita aib.Rahsia rumah tangga tidak sepatutnya diketahui oleh orang luar. -Gambar hiasan AI"Dia kutuk suami, keluarga suami dan mak ayah suami. Seolah-olah aku suami tak guna. Alasannya, nak cari kawan kongsi masalah," tulis lelaki itu.Hantaran yang dimuat naik oleh lelaki itu menerima ratusan komen netizen di aplikasi Threads.Bagaimanapun, majoriti kaum Hawa tidak menyokong lelaki itu dan menuduhnya sebagai punca kepada tindakan isterinya.Suami dakwa isterinya suka bercerita aib rumah tangga dengan orang luar.Dia terjumpa mesej WhatsApp antara isterinya dengan rakan baiknya.Dia mendakwa isterinya turut mengutuk keluarga mentua dalam perbualan itu.Netizen tuduh lelaki itu gagal jadi pendengar sehingga isteri bercerita dengan orang lain.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau awak suami yang bagus, dia tak akan bercerita pasal aib awak."Dia buat macam tu sebab kau suami tak guna. Kau tak dengar luahan dia tentang keluarga kau tu."Inilah jadinya apabila kau malas mendengar luahan hati bini. Ada orang lain yang sanggup dengar," tulis beberapa wanita.ARTIKEL BERKAITAN: Gurauan di WhatsApp jadi punca, isteri rakan sekerja merentan... Wanita tak terima digelar gedik! - “Aku layan semua macam tu”ARTIKEL BERKAITAN: Bengang baca mesej tergantung di WhatsApp, wanita ‘naik hantu’ cekik suami disangka curang - “Siapa suruh jawab tak tahu!”Namun, ada juga netizen yang tidak menyokong perbuatan segelintir wanita membuka aib rumah tangga masing-masing."Hal dalam kain sepatutnya disimpan kemas-kemas. Aku yang perempuan pun tak setuju dengan cara isteri dia," tulis individu itu pula.