KISAH silam pasangan lazimnya boleh menjadi pencetus konflik yang rumit dalam sesebuah hubungan.Walaupun ia berlaku sebelum mereka mengenali antara satu sama lain, ia tetap berisiko mengganggu emosi dan fikiran apabila rahsia lama akhirnya terbongkar. Situasi itu dikongsikan seorang wanita yang mengakui berdepan dilema selepas mengetahui sejarah hitam teman lelakinya.Lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai ikatan perlu mejaga batas pergaulan. -Gambar hiasan AI"Sampai pukul 5 pagi tak boleh tidur. Saya asyik terfikir perkara ini."Adil ke untuk saya yang jaga kesucian diri, tapi teman lelaki saya pernah terlanjur dalam hubungannya sebelum ini?"Saya tahu itu kisah silam dia. Dia jujur dengan saya, tapi saya rasa tak adil. Sedih apabila teringat benda tu," luahnya.Wanita buat luahan di aplikasi Threads tentang sejarah silam teman lelakinya.Dia mendakwa lelaki itu pernah terlanjur dengan wanita lain dalam hubungan terdahulu.Wanita itu anggap tidak adil kerana dirinya masih lagi menjaga kesucian diri sehingga ke hari ini.Netizen beri saranan agar dia memutuskan hubungan jika tidak mampu terima kekurangan pasangan.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut wanita itu, perasaan berkenaan semakin membuak-buak apabila hubungan mereka kini semakin serius untuk ke fasa seterusnya."Saya tak tahu macam mana nak hilangkan perasaan ini. Saya pun bukanlah 'terpaling' suci, tapi saya rasa sakit sebab dah niat nak kahwin," luahnya lagi.Dia berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Penat jaga kesucian diri, isteri kecewa suami hilang teruna dengan wanita lain - “Sakit hati bila teringat”ARTIKEL BERKAITAN: “Mana nak cari lelaki virgin?” - Giliran wanita ambil serius soal maruah diri, mahu bakal suami ‘suci’ bebas maksiatHantaran berkenaan turut menerima pelbagai komen daripada netizen."Dia dah pernah terlanjur dengan perempuan lain, lepas tu dia tak bertanggungjawab? Katakan tidak kepada lelaki seperti ini."Pandangan saya, jangan terima kalau awak belum bersedia terima kesilapan masa lalunya. Ada kemungkinan awak ungkit lepas kahwin nanti."Kita semua pendosa dik, yang penting kita kena bertaubat selepas melakukan dosa," tulis beberapa pelayar Threads.