suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penat jaga kesucian diri, isteri kecewa suami hilang teruna dengan wanita lain - “Sakit hati bila teringat”

Rumah tangga boleh goyah jika seseorang tidak dapat menerima masa silam pasangannya. -Gambar hiasan AI

KISAH silam pasangan kadang-kala boleh menguji keharmonian rumah tangga apabila ia masih bermain di fikiran selepas bertahun-tahun menjalani hidup bersama.

Menurut seorang wanita, dia juga sukar untuk menerima hakikat suaminya pernah terlanjur dengan orang lain sebelum mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.

"Aku dah enam tahun kahwin. Aku tahu kisah silam suami. Sebelum kenal aku, dia pernah melakukan hubungan seks dengan seseorang.

Lelaki dan wanita yang tidak memiliki sebarang ikatan perlu menjaga batas pergaulan agar tidak terlanjur melakukan perkara terlarang. -Gambar hiasan AI

"Dulu masa bercinta, aku tak kisah sangat. Sebabnya, benda itu berlaku sebelum kami berkenalan.

"Tapi sekarang bila teringat, aku sakit hati dan jadi benci suami. Padahal suami aku baik je.

"Mungkin sebab aku jaga dara untuk bakal suami. Tapi dapat suami yang tiada teruna. Kadang susah nak terima masa silam dia," luah wanita itu.

  • Wanita tular selepas kongsi cerita tentang kisah silam suaminya.
  • Dia berkata suaminya pernah terlanjur sebelum mereka berkahwin.
  • Wanita itu sukar terima hakikat suaminya pernah bersama orang lain.
  • Netizen minta wanita itu reda memandangkan suaminya sudah berubah.

Dalam hantaran di Threads, wanita itu turut bertanya netizen cara untuk melupakan kisah silam suaminya itu.

"Tolong jangan judge. Aku cuma nak tahu macam mana nak berdamai dengan kisah silam dia. Kalau duduk sendirian, mesti saya terfikir benda ini," ujarnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen turut memberi pendapat masing-masing berhubung masalah disuarakan wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rekod bersih’ dari zaman bercinta di kolej, suami akhirnya terlanjur dengan bibik! Beri alasan isteri asyik tolak seks - "Maid cakap banyak kali"

ARTIKEL BERKAITAN: Sewakan bilik nak kurang bayar 'loan' bank, suami terlanjur dengan penyewa Indonesia - "Saya kerja luar, dia bertata rias"

"Kalau kamu dah terima dia sebagai pasangan, kenalah terima masa silam dia. Siapa je yang tak pernah buat silap?

"Tengok kebaikan suami. Dia pun dah bertaubat kan? Kalau tahu tak boleh terima masa silam, jangan terima dia dari awal.

"Dulu sebelum kahwin kamu boleh terima. Apa yang berlaku sekarang ni semuanya hasutan dan mainan syaitan," tulis netizen.

Artikel Lain