Pelajar seharusnya menjaga adab dalam percakapan dan perbuatan sebagai tanda menghormati guru yang mendidik mereka. -Gambar hiasan AI
KERENAH murid yang mencabar kesabaran menjadi antara realiti yang perlu dihadapi golongan guru dalam menjalankan tanggungjawab mendidik di sekolah.Dalam situasi tertentu, mereka turut berdepan dengan cabaran mengendalikan tingkah laku murid di luar jangkaan, termasuk tindakan dan kata-kata yang disifatkan melampau. Di Threads, seorang guru meluahkan rasa kecewa selepas didakwa dimaki seorang murid hanya kerana menahannya daripada pulang sehingga menyiapkan tugasan menyalin nota di papan putih.Memberi perhatian ketika guru sedang mengajar merupakan salah satu adab dalam menuntut ilmu. -Gambar hiasan AIPerkongsian tersebut dimuat naik di platform Threads dan mencetuskan perhatian pengguna media sosial."Hari ni kena maki puk***k, serabut ah, dengan anak murid... hanya sebab tahan dia daripada balik sebab nak dia siapkan salin dua ayat je lagi."Sebelum kena maki, dia dah campak buku dia dekat papan putih disaksikan oleh semua murid dalam kelas," tulisnya dalam hantaran berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Tak kuasa nak layan drama ‘lapar perhatian’, tindakan berani guru ajar murid biadab dipuji - “Bagus cikgu buat macam tu!”ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu HEM menangis di klinik tak tahan ‘burnout’ kejar KPI... Disuruh jejak rumah murid malas, pujuk datang sekolah!Menurut guru itu, dia bagaimanapun memilih untuk terus bersabar dan enggan memberi tindak balas meskipun tindakan murid berkenaan agak biadab."Sampai tahap ni aku masih sabar dan tak angkat tangan. "Tapi balik rumah cepat-cepat makan esci (escitalopram iaitu sejenis ubat antidepresan). Entahlah salah siapa semua ni," luahnya dalam nada kesal.Seorang guru meluahkan rasa kecewa selepas dimaki seorang murid hanya kerana diminta menyiapkan nota.Murid berkenaan turut didakwa mencampakkan buku ke arah papan putih di hadapan murid lain.Guru itu berkata dia memilih untuk bersabar dan tidak memberi tindak balas.Selepas pulang ke rumah, guru berkenaan berkata dia mengambil ubat.Warga maya kesal dengan sikap murid serta menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak wajar dipandang ringan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut ternyata mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa kesal terhadap tindakan murid berkenaan.Mereka berpendapat tindakan sedemikian tidak wajar dipandang ringan kerana boleh menjejaskan emosi dan kesejahteraan guru yang hanya mahu mendidik serta memastikan murid menyiapkan tanggungjawab diberikan."Elok rakam dia cakap tu, lepas itu send dekat mak dia. Nak sangat kan?"Salah mak bapak dia. Kalau anak aku, lesung baru lepas tumbuk cabai tu aku tonyoh masuk mulut," demikian antara komen netizen.