suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fesyen tak kena tempat, guru rimas pelajar lelaki pakai seluar ‘baggy’ di sekolah... Mulut ‘laju’ menjawab kalau ditegur!

Pelajar perlu menjaga penampilan mengikut garis panduan yang ditetapkan. -Gambar hiasan AI

DALAM usaha membentuk disiplin di sekolah, pemakaian serta penampilan pelajar sering menjadi perkara yang diberi perhatian oleh guru.

Menurut seorang guru, trend fesyen 'baggy' atau pakaian longgar dengan potongan lebih besar daripada saiz badan juga sedang menular di sekolahnya.

Dalam satu hantaran tular, guru itu mendakwa ada pelajar lelaki yang langsung tidak peduli walaupun sudah ditegur tentang etika pemakaian mereka.

Sifat nakal para pelajar menjadi cabaran besar buat golongan pendidik. -Gambar hiasan AI

"Cikgu tegur pelajar pakai seluar baggy. Pelajar jawab mereka bukannya pakai seluar skinny. Saya tanya, siapa kata boleh pakai baggy?

"Pelajar tu kata janji seluar tak ketat. Padahal ringkas je arahan. Seluar kena straight cut, rambut potong pendek dan kemas.

"Kalau nak bergaya, tunggu di luar sekolah. Alahai, generasi masa kini," tulis guru wanita itu di aplikasi Threads.

  • Guru kongsi tentang trend fesyen pelajar lelaki di sekolahnya.
  • Dia berkata ada pelajar lelaki memakai seluar potongan baggy.
  • Pelajar itu juga tidak kisah walaupun sudah ditegur oleh cikgu.
  • Ramai netizen kasihan terhadap nasib guru zaman sekarang.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap cabaran yang perlu dihadapi guru zaman sekarang.

"Ini betul. Budak zaman sekarang memang terlampau biadab. Langsung tak hormat guru. Anggap guru macam kawan.

"Biadab betul mulut budak zaman sekarang. Kalau zaman dulu, mungkin dia dah kena penampar," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar B40 teringin beli iPhone guna biasiswa, ‘reward’ dapat belajar di luar negara - “Bukan guna duit parents aku pun!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Budak hitam tu dah mati!” - Luka lama masih berbekas, wanita tak lupa tragedi diejek ‘crush’ zaman sekolah

Pada masa sama, netizen turut berkongsi pandangan tentang evolusi fesyen yang melanda pelajar sekolah dari dulu hingga kini.

"Dulu trend seluar skinny. Lepas tu pakai seluar bootcut. Sampai cikgu kena tetas seluar pelajar. Sekarang seluar baggy pula.

"Tapi dulu memang mak suruh beli seluar saiz besar. Alasannya supaya boleh pakai sampai tingkatan lima," tulis netizen lagi.

Artikel Lain