Kata-kata berbaur ugutan juga satu bentuk keganasan rumah tangga yang boleh meninggalkan trauma mendalam buat isteri. -Gambar hiasan AI
KEGANASAN rumah tangga tidak semestinya melibatkan kekerasan fizikal semata-mata.Ini kerana kata-kata berbaur ugutan juga boleh meninggalkan trauma terhadap mangsa. Menurut seorang wanita yang tidak mendedahkan identiti, dia baru sahaja diugut oleh suaminya hanya kerana anak mereka tertumpahkan minuman di dalam bilik tidur."Malam tadi, anak kecil saya tumpahkan air Milo suami dalam bilik tidur. Masa tu saya tengah cuci pinggan di dapur. Suami jerit dan salahkan saya sebab anak tumpahkan air.Isteri boleh membuat laporan polis sekiranya mereka menjadi mangsa keganasan rumah tangga. -Gambar hiasan"Saya hairan. Kenapa saya yang di dapur kena marah? Apa salah saya. Dia duduk atas katil main telefon, tak peka tentang anak. Dia baling kain dan suruh saya bersihkan."Apabila saya pandang wajahnya, dia kata... kau jangan pandang-pandang muka aku, aku sepak kau nanti. Dia anggap saya ni apa ya? Dia marah anak tapi salahkan saya," kongsinya di media sosial.Hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads itu turut meraih hampir 100 komen netizen.Wanita dakwa diugut suaminya atas kesalahan yang tidak dilakukannya.Suaminya marah kerana anak mereka menumpahkan minuman dalam bilik.Wanita itu berkata dia sedang mencuci pinggan di dapur ketika ia berlaku.Suaminya ugut mahu sepak dan baling kain supaya dia cuci kotoran itu.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah, rata-rata pelayar Threads turut meluahkan rasa geram membaca perkongsian wanita berkenaan yang seolah-olah dibuli suaminya."Yang suami pun kenapa minum sampai atas katil? Tak ada meja makan ke? Dah habis tumpah, nak marah orang atas kebodohan sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu hadap isteri bekerjaya panas baran, pantang ditegur ‘bergegar’ rumah... Fasal makan pun boleh gaduh!ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki panas baran sebenarnya romantis... Wanita dedah sisi baik BF, tak berkira soal duit - “Tapi sayang, dia minum ketum”"Kadang jadi perempuan ni, kita kena tunjuk juga darah pahlawan sekali-sekala. Kalau tak, lelaki jadi tak guna macam ni."Ni la contoh lelaki kalau dapat isteri terlampau baik dan sopan santun. Di buatnya macam hamba," tulis beberapa netizen.