Ejekan dan hinaan sewaktu zaman sekolah boleh memberi kesan mendalam kepada emosi seseorang. -Gambar hiasan AI
SETIAP orang pasti mempunyai kenangan pahit manis yang sukar dilupakan ketika zaman persekolahan.Berterus terang pernah menempuh fasa sama, seorang wanita mendakwa dia menjadi mangsa hinaan dan ejekan hanya disebabkan warna kulitnya Mengimbas kembali kisah sewaktu di Tingkatan Lima, wanita ini mendedahkan dia pernah menyimpan perasaan terhadap seorang pelajar lelaki popular yang menjadi pujaan ramai di sekolahnya.Dia kemudian memberanikan diri meluahkan perasaan dengan memberikan surat cinta bersama sekeping gambar.Wanita akan berusaha untuk kekal cantik dan sihat. -Gambar hiasan AINamun malangnya, niat murni itu bertukar tragedi apabila dia dijadikan bahan ketawa selepas lelaki berkenaan menunjukkan surat tersebut kepada rakan sekelas."Dia kata... weh tengok budak hitam ni confess dekat aku. Gila ke apa? Aku mana layan perempuan hitam. Aku suka awek putih jambu je."Satu kelas gelak. Termasuk cikgu. Masa tu aku rasa macam nak hilang terus dari muka bumi. Hitam tu jadi sumpahan," luahnya.Ekoran insiden yang memalukan itu, dia bangkit membina semula keyakinan diri sebaik sahaja tamat persekolahan dan berpindah ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pengajian.Sejak itu, dia mula melakukan perubahan besar dengan menjaga penampilan, menurunkan berat badan, memakai pendakap gigi, belajar bersolek serta merawat rambut dan kulit wajahnya secara konsisten.ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat aku member kau?” - Cikgu naik angin, hilang sabar murid biadab dalam kelas... Menjawab disuruh buat tugasan!ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati disuruh salin nota dalam kelas, pelajar tunjuk samseng koyak kertas depan muka cikgu! - “Esoknya bapa dia pula serang saya”"Kulit aku yang dulu gelap gelita, sekarang cerah bersih. Kalau budak sekolah dulu tengok, memang tak akan kenal," katanya. Masa beredar, beberapa tahun kemudian dia secara tidak sengaja bertemu semula dengan lelaki itu menerusi hantaran rakan di Instagram."Ada kawan tag aku dekat IG story reunion sekolah. Lelaki tu pun ada dalam gambar tu. Gemuk sikit dah, jerawat banyak, dah tak putih jambu sangat."Kemudian dia terus mesej aku lepas tengok story aku... Eh awak budak sekolah dulu ke? Sumpah cantik sekarang. Putihnya. Lain gila. Dulu hitam je. Sekarang wow," katanya.Lelaki itu turut mengakui menyesal kerana pernah menolak wanita berkenaan sebelum mengajaknya keluar bersama."Dia voice note dua minit. Dia kata... sumpah saya menyesal dulu tolak awak. Kalau saya tahu awak boleh glow up jadi putih cantik macam ni, dulu saya dah terima awak. "Saya bodoh. Sekarang awak single lagi ke? Jomlah kita dating, saya nak tebus balik salah saya dulu. Saya janji akan jaga awak," katanya.Wanita pernah dihina kerana kulit gelap ketika di sekolah.Dia bangkit dan berubah selepas melanjutkan pengajian di KL.Bekas crush kembali menghubunginya selepas melihat perubahan itu.Lelaki terbabit mengaku menyesal dan mengajaknya dating.Wanita itu memilih menolak dan menyekat bekas crush tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AIBukannya terpedaya, wanita itu sebaliknya membalas semula mesej berkenaan dengan mengingatkan lelaki terbabit tentang penghinaan teruk yang pernah dilakukannya di sekolah suatu ketika dahulu."Aku dengar voice note dia sambil gelak. Dulu aku menangis sebab dia. Sekarang dia yang merayu sebab aku. Aku balas satu voice note je, 10 saat."Eh kau salah orang la. Aku bukan budak hitam yang dulu kau hina depan satu kelas tu. Budak hitam tu dah mati dah. Yang ada sekarang perempuan putih yang kau tak layak dapat," katanya. Tidak berhenti di situ, lelaki berkenaan didakwa masih mengeluarkan kata-kata sinis dengan menyifatkan wanita itu sebagai sombong kerana sudah berubah dan kelihatan lebih cerah.Wanita itu kemudian mengambil keputusan menyekat lelaki terbabit dan berkongsi kisah berkenaan dengan rakan-rakannya di media sosial."Dulu dia tolak aku sebab aku hitam. Hari ni dia merayu sebab aku dah putih. Esok kalau aku gelap balik, dia tolak balik."Lelaki macam ni bukan nak perempuan cantik, dia nak trofi putih untuk tayang dekat kawan-kawan," katanya.