NIAT murni untuk bersedekah boleh bertukar menjadi tawar apabila penerima menunjukkan sikap seolah-olah kurang beradab dan tidak pandai menghargai pemberian orang lain.Begitulah pengalaman pahit yang dilalui seorang wanita apabila niatnya untuk mengagihkan barangan bayi secara percuma berakhir dengan rasa kecewa. Dalam satu hantaran tular, wanita itu berkongsi cerita tentang pasangan suami isteri yang didakwa kurang beradab ketika datang mengambil barangan percuma di rumahnya.Ramai ibu yang mengagihkan barangan bayi selepas anak mereka membesar. -Gambar hiasan AI"Saya berikan barang anak secara percuma dan ada yang nak datang ambil. Apabila dah sampai depan rumah, mereka mesej saya. Tapi suami isteri itu langsung tak keluar kereta, sampai saya yang kena angkat barangan bayi tu ulang-alik beberapa kali."Lepas saya buat macam tu, barulah si suami buka pintu kereta. Itu pun selepas saya tegur, barulah dia tolong angkatkan baki barang yang ada kat depan pintu," imbas wanita itu.Lebih menyakitkan hati, wanita berkenaan mendakwa isteri kepada lelaki tersebut hanya membisu di dalam kereta dan sekadar bersuara beberapa saat sebelum mereka beredar.Wanita luah rasa kecewa selepas sedekah barangan bayi.Dia mendakwa penerima langsung tidak beradab dengannya.Isteri penerima juga hanya bertegur sebelum berangkat pulang sahaja.Beberapa netizen turut kongsi pengalaman buruk berurusan dengan orang miskin.Ringkasan ini dijana oleh AI"Selepas selesai, suami dia tanya... ini je ke? Saya kata ya. Kemudian dia ucap terima kasih. Isteri dia dalam kereta. Tak tegur saya, langsung tak keluar."Sedangkan dia yang deal dengan saya untuk barang free tu. Akhir sekali barulah isterinya buka tingkap dan ucap terima kasih."Saya fikir dia menyusu bayi dalam kereta. Tapi nampak baby tengah tidur dekat carseat. Bukannya harap dia keluar 'sembah' saya. Tapi macam tak ada adab pula," ujarnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Larang sedekah barang bayi, suruh buang semua! Wanita baru kematian anak sedih dapat ibu kolot, percaya benda tahyulARTIKEL BERKAITAN: Bayi merengek dalam ‘stroller’, mak ayah berselera isi perut... Pelanggan meja sebelah gelisah, rasa nak tolong dukungHantaran tular di Threads itu turut mengundang pelbagai komen netizen."Saya dah buat kerja kebajikan lebih 20 tahun. Memang kebanyakan sikap mereka macam ni. Sebab tu la Allah bagi mereka susah. Sebab mereka ni tak beradab dan tak bersyukur."Saya pun dah berhenti tolong orang susah. Sebab kebanyakan mereka kurang adab," tulis beberapa netizen.