Menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian merupakan satu peluang berharga yang perlu dimanfaatkan sebaiknya. -Gambar hiasan AI
MENDAPAT biasiswa melanjutkan pengajian ke luar negara pastinya satu peluang yang sangat berharga apatah lagi bukan mudah menimba ilmu di tempat orang.Namun di sebalik peluang tersebut, seorang individu meluahkan keinginan menggunakan sebahagian kecil wang elaun biasiswa diterimanya untuk membeli sebuah iPhone model terbaharu. Bagaimanapun menyedari statusnya daripada keluarga B40 dan anak sulung membuatkan dia serba salah dan bimbang hasratnya itu dianggap sebagai membazir.Pelajar disaran mengurus elaun secara berhemah dengan mengutamakan keperluan sepanjang tempoh pengajian sebelum membuat sebarang perbelanjaan lain. -Gambar hiasan AI"Aku dapat biasiswa ke luar negara. Bulan september ini akan fly. Elaun agak banyak."Salah ke aku nak beli iPhone baru? Aku nak record moments study di oversea nanti. Telefon itu pun nak guna lama. Aku nak guna kalau boleh sampai aku kerja nanti."Memanglah mahal sikit. Tapi tak boleh ke? Aku bukan nak guna duit parents aku pun," tulisnya dalam satu hantaran di Threads. Menurut invidu tersebut, dia sudah lama menyimpan keinginan untuk membeli sesuatu buat ganjaran diri sendiri, memandangkan sejak di bangku sekolah lagi dia terpaksa bekerja keras jika mahu membeli sesuatu. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar 9A ‘reject’ biasiswa bidang pergigian, terpaksa ikut selera mak ayah jadi cikgu sekolah - “Usaha saya hanya sia-sia”ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar cemerlang SPM gagal dapat biasiswa, ibu bapa langsung buat tak peduli persiapan masuk universiti - “Baju pun belum beli lagi”"Aku tak sedar diri ke guys? Aku ini dari Tingkatan Dua nak apa-apa memang selalu kena usaha sendiri."Setiap kali cemerlang, dapat anugerah dan lain-lain, aku tak pernah dapat apa-apa yang memang aku mahu."Tolong bagi kata-kata sikit yang boleh pujuk diri ini. Sedih rasa. Aku letih dengan ayat tunggu kerja dulu," ujarnya. Seorang individu yang mendapat biasiswa ke luar negara berhasrat membeli iPhone terbaharu menggunakan sebahagian elaun.Dia mahu merakam pengalaman sepanjang belajar di luar negara.Namun, status sebagai anak sulung keluarga B40 membuatkan dia serba salah.Dia mendakwa elaun biasiswa mencukupi untuk keperluan pengajian.Netizen berbeza pandangan mengenai keputusannya menggunakan elaun untuk membeli telefon.Ringkasan ini dijana oleh AITambahnya, dia sudah membuat kira-kira mengenai jumlah elaun yang bakal diterima dan ia masih mencukupi untuk menampung keperluan sepanjang tempoh setahun pengajian."Elaun tu, memang cukup je untuk setahun. Memang akan ada lebihan banyak je," katanya lagi.Perkongsian individu tersebut mengundang reaksi pelbagai daripada warga maya.Rata-ratanya berpendapat individu itu tidak wajar terlalu mengikut kemahuan hati dan sepatutnya belajar berbelanja secara berhemah memandangkan wang elaun berkenaan adalah untuk menampung keperluan sepanjang tempoh pengajian di luar negara.Namun ada pula berpandangan sebaliknya asalkan pembelian tersebut tidak menjejaskan perbelanjaan utama.