Setiap penghuni rumah sewa perlu mengambil kira keperluan dan keselesaan rakan serumah terutamanya apabila menggunakan kemudahan yang dikongsi bersama. -Gambar hiasan AI
MENYEWA sebumbung dengan rakan-rakan bukan sekadar berkongsi ruang dan kemudahan, malah menuntut setiap penghuni untuk saling menghormati antara satu lain.Lebih-lebih lagi pada waktu pagi, iaitu situasi paling sibuk untuk masing-masing bersiap ke kelas atau tempat kerja.Sedikit sikap bertimbang rasa amat diperlukan supaya urusan orang lain tidak terganggu.Berdepan situasi sama, seorang pelajar meluahkan rasa tertekan apabila terpaksa berhadapan dengan rakan serumah yang disifatkan terlalu pentingkan diri kerana 'bertapa' terlalu lama di dalam bilik air pada waktu pagi.Hidup bersama rakan serumah menuntut sikap saling bertolak ansur dan menghormati satu sama lain. -Gambar hiasan AI Melalui perkongsian di media sosial, dia turut memuat naik tangkap layar mesej teguran dalam kumpulan WhatsApp rumah mereka sebagai peringatan mesra."Nak pesan, kalau ada kelas pagi yang clash dengan housemate lain, boleh tak jangan mandi lama sangat. Sebab orang lain pun ada kelas juga."Kalau rasa nak mandi lama, bolehlah bangun awal sikit. Ini kita nak mandi pukul 8.30 pagi, ada orang... sampai pukul 9 pagi pun tak sudah lagi. Sekadar teguran ya," tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: Ingat kereta kena curi, rupanya housemate punya angkara... Berani ‘duplicate’ kunci, berbulan ‘pinjam’ tak minta izin!ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram rakan serumah asyik ‘rembat’ makanan, terpaksa ketuk bilik cari suspek... Bukan seketul, dua ambil tapi sebekas!Menurut pelajar perempuan berkenaan, tabiat rakan serumahnya itu menyebabkan penghuni lain terpaksa kelam-kabut bersiap untuk ke kelas akibat menunggu giliran bilik air yang terlalu lama."Susah ada housemate yang takde common sense. Hakikatnya dia bukan nak pergi kelas pun, lepas mandi sambung baring. Laa.. aku pula yang kelam-kabut," luahnya.Seorang individu yang juga pelajar menegur rakan serumah kerana mandi terlalu lama pada waktu pagi.Teguran itu disampaikan menerusi mesej WhatsApp agar lebih bertimbang rasa.Dia mendakwa terpaksa kelam-kabut ke kelas kerana menunggu giliran menggunakan bilik air.Netizen menyifatkan teguran itu wajar kerana bilik air merupakan kemudahan bersama.Ada yang berkongsi pengalaman berdepan rakan serumah yang mempunyai tabiat sama.Ringkasan ini dijana oleh AIMenjenguk ke ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya menyokong teguran berkenaan, memandangkan bilik air merupakan kemudahan bersama yang perlu dikongsi secara adil.Ada yang berpendapat, setiap penghuni seharusnya lebih peka dan bertolak ansur demi keharmonian bersama."Saya pun tengah hadap housemate macam ni sekarang. Dia punya mandi lama tu dari Asar dah waktu Maghrib baru dia keluar"Sebab tu kita suka duduk sendiri, malas nak layan perangai orang... no drama kita tenang," demikian antara komen netizen.