suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri hamil tunduk malu ditengking suami sebab minta nak makan sambal udang... Maruah ‘dipijak’ depan gerai nasi lemak!

Suami tidak sepatutnya memalukan isteri di khalayak ramai. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN wanita memiliki hati yang sensitif, apatah lagi ketika mereka sedang berbadan dua.

Menurut seorang pengguna media sosial, dia baru sahaja menyaksikan seorang wanita hamil dimalukan suami sendiri ketika berada di sebuah gerai nasi lemak.

Dalam hantaran tular itu, pengadu mendakwa wanita tersebut dimarahi suaminya hanya kerana mengidam untuk menikmati nasi lemak berlaukkan sambal udang.

Wanita hamil biasanya memiliki hati yang lebih sensitif. -Gambar hiasan AI

"Tadi singgah satu gerai ni untuk beli sarapan. Ada ibu hamil dan suaminya beratur belakang aku. Isterinya dia kata teringin nasi lemak sambal udang.

"Suami dia terus marah. Dia kata isterinya mengada-ngada. Dia juga kata tak ada duit dan minta isterinya beli sendiri. 

"Dah la ramai orang tengah beratur. Suara suaminya agak kuat juga. Aku toleh belakang, isterinya tunduk diam," imbas invididu itu.

  • Wanita kongsi cerita seorang ibu hamil dimarahi suami di gerai nasi lemak.
  • Dia berkata ibu hamil itu mengidam untuk makan nasi lemak sambal udang.
  • Suaminya marah dan suruh wanita itu membeli makanan guna duit sendiri.
  • Saksi kejadian kemudian belanja wanita itu dan sedekah RM50 untuknya.

Menurutnya, dia sendiri sebagai perempuan bersimpati dengan nasib wanita itu sehingga turut berasa sebak menyaksikan kejadian berkenaan.

"Aku terus cakap dekat penjual tu, suruh bungkuskan nasi lemak sambal udang ekstra. Aku juga tambah kuih koci. Aku bayar dan suruh dia bagi dekat ibu mengandung tu.

"Aku masuk kereta, terus menangis macam air terjun. Kemudian akak tu ketuk cermin kereta aku sambil pegang bungkusan plastik.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mengidam pelik sejak awal hamil, suami berjaya penuhi sebelum bersalin... Bawa ke balai, naik motosikal URB polis

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mengidam nasi ayam goreng di sekolah lamanya, suami terpaksa pergi sehari lebih awal ‘kawtim’ dengan guard

"Dia menangis cakap terima kasih. Aku pun bagi dia RM50. Aku sedekah untuk dia dan anaknya. Kami berdua sama-sama menangis," imbasnya lagi.

Hantaran tular itu dihujani lebih 1,000 komen netizen yang rata-ratanya bengang dengan suami wanita berkenaan.

"Kenapa ya lelaki macam ni selalu dapat isteri lembut? Kalau dia dapat wanita pahlawan macam aku. Memang mati kena racun.

"Apabila perempuan kata jangan kahwin lelaki miskin, ramai yang marah. Tapi inilah sebabnya. Perempuan jadi mangsa sebab banyak bertolak ansur.

"Patutlah tak ada duit, layan isteri pun macam tu je. Isteri banyak makan hati, rezeki pun tersekat,"  tulis beberapa netizen.

Artikel Lain