suria

Isteri mengidam nasi ayam goreng di sekolah lamanya, suami terpaksa pergi sehari lebih awal ‘kawtim’ dengan guard

Sya Aisyahra mengidam nasi ayam goreng yang dijual di kantin sekolah menengah lamanya.

BUKAN sesuatu yang sukar didapati, namun makanan yang menjadi keinginan ibu hamil ini boleh dikatakan agak 'rare'!

Mana tidaknya, wanita ini mengidam untuk menikmati makanan yang disediakan untuk pelajar di kantin sekolah menengah berhampiran rumahnya.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sya Aisyahra berkata, dia mula mengidam untuk menikmati menu ringkas tersebut minggu lalu, ketika kandungannya memasuki usia lapan bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil anak ke-2 ‘mengidam’ bau petrol, sanggup turun flat ke parkir motosikal sebelum tidur... gam kasut pula tepi katil - “Betul tekaan mak mentua”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak pernah naik kereta mahal” - Wanita mengidam naik Ativa putih syukur ada insan faham ibu hamil, excited sampai lupa ambil gambar

"Sebenarnya saya bekas pelajar sekolah tersebut, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksaman, Alor Setar, Kedah. Dah dekat 10 tahun tak jejak kaki ke sana, tiba-tiba boleh pula terasa nak makan nasi dengan ayam goreng dan kuah sambal. Memang menunya sangat ringkas tapi tak tahulah kenapa teringin sangat.

"Saya beritahu suami, dia gelak saja tapi dia janji nak bertanya kepada pengawal keselamatan sekolah berkenaan. Sekarang ni sejak pandemik, orang luar tak boleh masuk suka-suka ke dalam kawasan sekolah.

"Nak dijadikan cerita, masa kami tanya, pengawal keselamatan tu beri kebenaran dan minta kami datang ke sekolah berkenaan keesokan pagi sebelum waktu pelajar keluar rehat.

"Suapan pertama, saya tak boleh nak gambarkan betapa puas dan gembiranya dapat makan makanan yang diidamkan. Walaupun tukang kantin dah bertukar orang, tapi feeling tetap sama. Suami pun teman sekali. Licin pinggan kami makan... saya siap beli bungkus bawa balik rumah," cerita wanita yang sedang hamil cahaya mata sulung ini.

mengidam 2

Sya Aisyahra mengidam nasi ayam goreng di sekolah menengah lamanya.

Lebih tidak disangka, Sya Aisyahra, 27, berkata, makanan mereka berdua dibayar oleh guru yang kebetulan berada di kantin sekolah ketika itu.

"Alhamdulillah... rezeki baby kot. Dah lepas hajat nak makan nasi ayam goreng budak sekolah. Bolehlah tidur lena selepas ini.

"Masa awal-awal hamil dulu, ada juga mengidam makanan lain tapi memang yang senang nak dapat, seperti kek pavlova. Alhamdulillah, dah dapat makan juga," ujarnya yang juga pengasas hijab Aisyahra.

Suami pun teman sekali. Licin pinggan kami makan... saya siap beli bungkus bawa balik rumah.

SYA AISYAHRA

Bercerita lebih lanjut mengenai pengalaman ketika berbadan dua, Sya Aisyahra berkata dia bersyukur kerana hanya mengalami alahan ringan.

"Alhamdulillah, alahan tu tak ada langsung... saya tak pernah muntah. Cuma saya tak boleh makan ikan terutamanya ikan goreng. Padahal sebelum ni makan saja ikan," ujarnya yang menetap di Alor Setar, Kedah ini.

Tidak menyangka perkongsian videonya di TikTok meraih melebih 16,000 jumlah tontonan, Sya Aisyahra berkata dia hanya sekadar berkongsi pengalaman dan mahu mengabadikannya sebagai kenangan.

mengidam 1

Pasangan ini bakal menimang cahaya mata sulung, bulan depan.

"Ramai yang kongsi pengalaman mengidam masing-masing. Ada juga yang 'comelnya mengidam nak makan nasi kantin'. Tapi memang tak tahulah kenapa membuak buak keinginan nak makan nasi dekat kantin sekolah.

"Bagi pandangan saya, bab-bab mengidam ni perlu saling memahami. Suami cubalah penuhi keinginan isteri... sebab emosi wanita hamil ni lain sikit. Cepat touching. Kalau dapat, memang gembira tak terkata.

"Tapi dalam masa yang sama, si isteri juga perlu memahami kalau ada hajat yang sukar ditunaikan si suami," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain