Sikap pemalas bukan sahaja menyusahkan orang sekeliling, tapi boleh 'membunuh' masa depan sendiri. -Gambar hiasan AI
BERUMAH tangga bukan sekadar soal mencari pasangan hidup, sebaliknya menuntut kesediaan memikul tanggungjawab dan kebolehan mengurus kehidupan sendiri.Perkara itu turut menjadi perhatian seorang gadis yang meluahkan rasa kurang senang apabila abangnya, yang bakal mencecah usia 30 tahun sering disuruh berkahwin. Bagi gadis berkenaan, ada banyak perkara asas dalam kehidupan sebagai seorang lelaki yang perlu diperbaiki oleh abangnya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal alam rumah tangga.Suami isteri perlu saling bekerjasama demi keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan AI"Bila orang bergurau suruh dia kahwin aku rasa menyampah. Bagi aku abang aku tak layak kahwin lagi. "Subuh pun mak aku masih kejutkan. Nak bangun tu 100 kali kejut baru dia nak bangun," kongsi gadis tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Mentua salahkan menantu rumah bersepah, wanita pertahan kakak ipar dituduh pemalas... Sentuh bab cucu terus ‘naik hantu!’ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kongsi sengsara dapat ‘ex’ pemalas, kini bahagia bersama suami dari Kelantan - “Bukan salah negeri tapi didikan”Malah, dia turut menyifatkan abangnya sebagai seorang yang pemalas dan tidak mementingkan kebersihan diri mahupun ruang peribadi."Bilik bau kepam, kebersihan pun ke laut. Susun baju dalam almari pun mak yang buatkan. Baju kotor pula bersepah atas katil."Kalau kahwin macam itu, merana hidup isteri. Menyusahkan isteri sahaja. Baik tak kahwin daripada menyusahkan anak orang," luahnya lagi.Katanya, keluarga termasuk ibunya sudah berkali-kali menegur mengenai gaya hidup tersebut, namun abangnya dilihat sukar untuk berubah.Abang hampir 30 tahun masih bergantung pada ibu.Masih perlu dikejutkan ibu untuk bangun Subuh.Bilik berbau kepam dan baju kotor bersepah.Adik bimbang sikapnya menyusahkan isteri.Netizen turut bersetuju lelaki perlu berdikari.Ringkasan ini dijana oleh AIDia juga beranggapan abangnya mungkin memandang remeh perkara berkaitan kebersihan diri dan pengurusan kehidupan harian."Mak saya pun selalu membebel dan tegur, tetapi entah susah nak berubah. Dia macam tak rasa benda itu penting," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang bersetuju dengan pandangan gadis tersebut."Kalau ada yang kata apabila kahwin akan berubah, mimpilah. Lelaki macam ni tak akan berubah. Kesian siapa yang jadi isteri."Jenis semua mak uruskan memang kalau kahwin nanti bini jadi babu la. Dia akan fikir semua orang kena jadi macam mak dia," komen warga maya.