SEORANG guru berkongsi pengalaman berdepan situasi mencabar apabila pelajarnya bersikap kurang sopan ketika sesi pembelajaran berlangsung di dalam kelas.Menurut guru berkenaan, kejadian berlaku sejurus pelajar itu kembali dari bilik disiplin sebelum bertindak memusingkan meja untuk berbual dengan rakan di belakang kelas. Guru tersebut kemudian menegur pelajar tingkatan tiga itu dan meminta supaya dia memberi tumpuan kepada latihan yang diberikan.Pelajar mendengar kata lebih disenangi oleh para guru. -Gambar hiasan AI"Aku cakaplah... tak perlu pusing meja. Nak bercerita kejap lagi. Sekarang buat latihan yang saya dah bagi."Dia boleh jawab... hah ye tahulah. Sabar kejap, nak buat la ni. Memang kau silap orang la. Auto naik darah pahlawan aku," katanya.Katanya, dia terus menegur pelajar itu secara tegas bagi mengingatkan tentang adab terhadap guru serta kedudukan masing-masing di dalam kelas.ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati disuruh salin nota dalam kelas, pelajar tunjuk samseng koyak kertas depan muka cikgu! - “Esoknya bapa dia pula serang saya”ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu bas sekolah dihina murid perempuan, berani hantar mesej kurang ajar - “Hi pakcik babi!”"Memang saya bahasakan. Tak ada bahasakan diri awak saya dah... terus aku kau. Lebih kurang macam ni... kau fikir kau siapa nak cakap macam tu? Kau ni memang miskin adab ke? Kau ingat aku member kau ke yang kau nak kurang ajar? "Sekarang ni aku yang cikgu ke kau yang cikgu? Kalau kau rasa kau tak minat nak belajar, kau boleh blah dari kelas aku," kata guru tersebut mengimbas apa yang terjadi.Tambahnya, pelajar itu akhirnya terdiam dan kembali menyiapkan tugasan tanpa berbual selepas ditegur."Sikit kata-kata maaf pun tak ada. Punyalah kurang adab. Sekarang ni, apabila berselisih dia tak tegur saya langsung. Seorang guru berdepan pelajar kurang sopan ketika sesi pembelajaran di kelas.Pelajar menjawab teguran secara sinis selepas diminta fokus pada latihan.Guru kemudian menegur secara tegas mengenai adab terhadap guru.Pelajar akhirnya diam dan meneruskan tugasan tanpa berbual.Perkongsian itu mencetuskan reaksi netizen tentang kemerosotan adab pelajar.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sanggup ikut jalan jauh sebab tak nak terserempak. Saya tak heran pun. Dia tak nak belajar, dia yang rugi," katanya.Netizen beranggapan situasi pelajar kurang adab sememangnya sangat ketara pada masa kini dan keadaan itu amat membimbangkan."Budak-budak sekarang memang kurang ajar. Tak sama dengan zaman kita dulu, dah malas belajar."Hampir 20 tahun jadi guru. Ada masa saya layan kerenah budak-budak ni. Ada masa lantak kau kat situ," komen netizen.