Perbuatan mengambil gambar penumpang tanpa keizinan adalah satu kesalahan di bawah undang-undang. -Gambar hiasan AI
GURAUAN kasar dalam kalangan lelaki berkemungkinan besar boleh mencetuskan konflik rumah tangga, terutama sekali apabila ia melibatkan wanita lain.Isteri berkenaan timbul selepas seorang isteri meluahkan rasa kecewa apabila tanpa sengaja melihat gambar suaminya berdua-duaan bersama seorang penumpang wanita ketika melakukan kerja sambilan sebagai pemandu e-hailing. Menurut wanita berkenaan, dia selama ini tidak pernah menyimpan sebarang syak wasangka terhadap suaminya yang kerap keluar bekerja hingga lewat malam.Berkelakuan tidak senonoh boleh merosakkan rumah tangga. -Gambar hiasan AI"Nak dijadikan cerita iCloud iPhone dia bersambung sekali dengan iPad yang ada dekat rumah dan boleh akses semua gambar. Tadi aku saja hidupkan iPad tu nak tengok gambar."Sekali aku ternampak gambar suami aku selfie dengan penumpang dekat belakang. Penumpang tu terlena sebab mabuk dan kiranya diambil tanpa pengetahuan," katanya.Lebih mengejutkan apabila gambar kedua yang diambil oleh suaminya itu memaparkan bentuk tubuh penumpang wanita berkenaan secara jelas."Ada dua gambar. Gambar pertama nampak muka laki aku dan perempuan tu. Gambar kedua nampak keseluruhan badan perempuan tu dengan pakai dress pendek nampak seluar dalam," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan gatal mudah jatuh hati tengok lelaki berpeluh!” - Isteri geram suami ‘pair’ dengan gadis bujang setiap kali main badmintonARTIKEL BERKAITAN: Dah berusia, anak pun belajar di sekolah sama... Guru praktikal rimas diusik cikgu lelaki gatal - “Sorry tapi saya memang takkan senyum” Mahu inginkan kepastian, wanita itu terus bertanyakan perkara berkenaan kepada suaminya.Namun lelaki tersebut sekadar memberi alasan bahawa gambar itu hanya dihantar untuk suka-suka ke dalam kumpulan WhatsApp rakan pemandu e-hailing."Dia rasa benda dia buat tu tak salah. Aku cakap mestilah salah dia ambil gambar tanpa pengetahuan orang tu. Lepas tu kongsi pula dekat kawan-kawan."Apa niat dia ambil gambar orang macam tu? Kau sangap ke apa? Salah ke kalau aku naik gila? Aku bodoh ke? Sebab bagi aku benda tu salah. Bukan aku nak cemburu tak bertempat," katanya.Jelasnya, tindakan dan jawapan tidak bertanggungjawab suaminya itu membuatkan dia menangis teresak-esak di dalam kereta kerana terlalu sedih apabila lelaki berkenaan enggan mengakui kesilapannya.Isteri terkejut jumpa gambar suami bersama penumpang wanita.Penumpang itu dirakam ketika mabuk tanpa pengetahuannya.Gambar kemudian dikongsi dalam kumpulan rakan e-hailing.Isteri kecewa apabila suami anggap perkara itu sekadar gurauan.Netizen menyifatkan tindakan suami itu tidak wajar.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah, si isteri menegaskan dia langsung tidak menuduh suaminya ada hubungan sulit dengan wanita lain, sebaliknya hanya mempersoalkan niat di sebalik tindakan tidak beretika mengambil dan mendedahkan gambar mengaibkan orang lain.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan tindakan wanita tersebut menegur suaminya adalah tepat kerana perbuatan lelaki itu salah."Ambil gambar tanpa izin dalam keadaan mengaibkan dan menyebarkan imej tu dah kira kes jenayah."Tolong ingatkan suami jangan ulangi walaupun untuk suka-suka. Kalau tersebar dan penumpang tu dapat tahu, ke mahkamah jawabnya," komen warga maya.