suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah berusia, anak pun belajar di sekolah sama... Guru praktikal rimas diusik cikgu lelaki gatal - “Sorry tapi saya memang takkan senyum”

Gangguan di tempat kerja boleh berlaku dalam pelbagai cara dan tidak boleh diambil remeh agar situasi sedemikian tidak berterusan. -Gambar hiasan AI

PERSEKITARAN kerja yang selamat dan profesional amat penting bagi memastikan setiap individu dapat menjalankan tugas dengan selesa.

Namun begitu, tidak dinafikan cabaran pastinya akan wujud termasuk isu gangguan di tempat kerja yang boleh menjejaskan emosi, motivasi serta produktiviti pekerja.

Di Threads, seorang guru wanita berkongsi situasi kurang menyenangkan di sekolahnya mendakwa terdapat segelintir guru lelaki menunjukkan tingkah laku tidak profesional dan mengganggu keselesaan guru praktikal wanita sehingga membuatkan mereka berasa tidak selesa.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah ajak suami orang keluar, perangai gatal ‘intern’ perempuan dilapor kepada HR!

ARTIKEL BERKAITAN: “Senyum pun dah tak nak” - Bos gatal terus ‘turn off’ lepas staf wanita mangsa gangguan bertukar nombor telefon dengan isteri

"Kepada para guru. Setiap kali cikgu praktikal perempuan masuk sekolah, memang kena jadi gatal ek? Tahu tak, orang tak selesa. Ingat orang suka la? 

"Dah lah tua, anak pun sekolah yang sama. Tak tahu malu ek?" tulisnya dalam perkongsian tersebut. 

Menurut guru berkenaan, dia memilih untuk menjaga batas pergaulan dengan rakan sekerja lelaki bagi mengelakkan sebarang salah faham atau layanan dianggap melampaui batas.

Salah satu cara untuk menghentikan gangguan di tempat kerja adalah membuat laporan kepada pihak atasan. -Gambar hiasan AI

"Sorry tapi saya memang takkan senyum dekat cikgu lelaki yang gatal. Biar la orang kata saya sombong," katanya.

Dalam masa sama, dia turut menegur sikap segelintir guru wanita yang didakwa seolah-olah menggalakkan atau tidak membendung perlakuan tersebut.

"Dan, cikgu perempuan pun jangan enable boleh tak? 'Biasa la lelaki nak test market'. Tidak! 

"Orang pergi sekolah nak kerja, bukan nak menggatal," tegasnya.

  • Seorang guru praktikal wanita luah rasa kurang selesa dengan perangai segelintir guru lelaki di sekolahnya.
  • Dia mendakwa ada guru lelaki yang gatal dan suka mengusik.
  • Bagaimanapun dia enggan melayan dan bersikap profesional bagi elakkan gangguan berterusan.
  • Lebih mengecewakan dakwanya bila ada guru wanita lain yang seolah-olah menggalakkan perbuatan tersebut.
  • Netizen saran agar guru berkenaan buat laporan kepada guru besar atau pengetua. 

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya, dengan ramai menyarankan supaya guru tersebut membuat aduan kepada pengetua atau guru besar agar tindakan dapat diambil bagi membendung situasi sedemikian.

Dalam masa yang sama, rata-ratanya turut memuji guru tersebut kerana berpendirian tegas dan menjaga batas bagi mewujudkan persekitaran kerja yang profesional.

"Kena lawan dan report. Ini apa saya cakap sebagai amaran, saya report kat wife cikgu... saya record send dekat dia. Saya juga buat laporan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.

"Report pentadbir. Jangankan praktikal... yang bujang, yang dah kawin, selagi gatal ****, selagi tu la dia kacau.

"Kalau ada yang ganggu, cakap double meaning atau apa saja, istighfar je kuat-kuat. Confirm terbantut," demikian antara komen warga maya. 

Artikel Lain