suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tergamam tengok gelagat pelanggan meja sebelah... Larang staf angkat gelas kotor, bagi sisa air orang lain pada anak

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin terhadap nasib orang lain. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN seorang bapa memberikan sisa minuman ditinggalkan pelanggan lain kepada anak-anaknya ketika makan di sebuah premis mengundang rasa simpati seorang wanita yang menyaksikan kejadian itu.

Wanita berkenaan berkata dia pada mulanya keluar makan bersama suami dan anak-anak sebelum menyedari kejadian tersebut berlaku di meja bersebelahan.

Menurutnya, ketika itu premis berkenaan dipenuhi pelanggan dan mereka bernasib baik apabila berjaya mendapatkan satu meja kosong ketika menunggu pesanannya tiba.

"Pelanggan meja sebelah saya bangun. Terus masuk satu famili isi tempat duduk itu. Jadi staf dekat situ cepat-cepat la datang nak angkat pinggan dan gelas dekat atas meja.

Seorang bapa sepatutnya lebih mementingkan kebajikan keluarga. -Gambar hiasan AI

"Tapi ketua keluarga meja sebelah baru duduk ni cakap dekat staf tu tak perlu angkat gelas. Angkat pinggan je. Famili ini ada lima orang. Suami, isteri dan tiga anak.

"Saya rasa nak marah dekat si ayah sebab bagi gelas yang pelanggan sebelum tu minum, bagi dekat anak-anak dia. Gelas tu macam ada suku dan separuh lagi la air. Air teh ais dan teh o ais tak silap," cerita wanita itu.

Apa yang lebih menghairankan, dakwanya, lelaki itu kemudian memesan segelas teh ais baharu untuk dirinya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa lebam di mata, mulut bengkak ditumbuk anak sendiri… Rupanya demi pertahan ibu dicekik!

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kandung dipulaukan anak-anak, dengar suara pun tak suka... Rupanya dendam lama dilibas dengan ‘hanger’ masih berbekas!

"Saya rasa tak patut dia bagi lebihan minuman orang yang dia tak kenal pun dekat anak-anak dia. Kalau orang tu ada penyakit berjangkit macam mana? Anak dia enjoy je minum air berbaki tu.

"Saya tak rasa dia orang susah. Kalau susah sekali pun kenapa tak kau yang minum air tu? Kenapa bagi dekat anak kau? Anak dia umur lebih kurang dua, lima dan lapan tahun.

"Tiba-tiba saya rasa murung bila ingat balik kejadian tu. Betul ke tak perasaan saya ni?," ujar pengadu dalam hantaran tersebut.

  • Wanita simpati lihat bapa beri anak minum baki air pelanggan lain.
  • Bapa suruh anak habiskan baki minuman, netizen kecam.
  • Wanita bimbang risiko penyakit daripada baki air pelanggan.
  • Bapa order air lain, anak pula disuruh minum.
  • Tindakan bapa beri anak baki air undang kecaman ramai.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyifatkan tindakan berkenaan tidak wajar kerana boleh mengundang risiko kesihatan.

"Staf pun 'lurus', ikut saja arahan pelanggan. Kalau budak itu sakit perut, kedai pula yang kena.

"Allahuakbar, ada juga orang macam ni. Sanggup bagi anak minum bekas orang yang tak tahu dari mana.

"Geli pula baca. Kenapa nak minum baki minuman orang yang tak dikenali? Kalau tak mampu makan di luar, makan saja di rumah dan minum air masak," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain