suria

Bapa kandung dipulaukan anak-anak, dengar suara pun tak suka... Rupanya dendam lama dilibas dengan ‘hanger’ masih berbekas!

Seorang ayah yang garang akhirnya dipulaukan anak-anak. -Gambar hiasan

SESAL dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Sesetengah bapa mungkin berkasar dalam memberikan kasih sayang kerana mahu mendisiplinkan anak tetapi ia perlulah berpada-pada.

Melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, seorang warga maya menceritakan bagaimana keluarga rakannya retak kerana seorang bapa yang bengis.

Luahan tanpa nama di Twitter.

Akibatnya ketika si bapa mula mencecah usia senja, anak-anaknya liat untuk mendekati ekoran masih menyimpan 'dendam' dengan layanan yang diterima mereka pada waktu kecil.

"Bapa kawan saya seorang yang sangat garang. Tak boleh salah sikit memang habis kena jerkah.

"Semua orang dalam rumah tu dia marah termasuk isteri dia sekali. Setiap hari pergi solat Maghrib dan Isyak dekat surau tapi perangai tak seperti orang dekat dengan agama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Abah cekik leher along!” - Adik saksi bapa panas baran, 6 beradik hilang rasa hormat... Masa sakit seorang pun tak jenguk

ARTIKEL BERKAITAN: Apa sudah jadi? Askar garang akhirnya berjaya ‘ditewaskan’ tiga tentera kecil... anak dedah bapa seronok sangat layan cucu sampai pitam!

"Kena rotan hanger tu benda rutin, tak kira lelaki ke perempuan semua kena," katanya.

Menerusi perkongsian itu lagi, si bapa juga dikatakan tidak memilih bulu dalam menghukum sesiapa yang dilihat salah pada matanya.

"Bapa dia tak kira siapa buat salah, semua kena walaupun tak ada kena mengena.

Nak anak-anak tegur, si bapa kena start minta maaf dulu. Jangan nak ego dengan anak-anak.

NETIZEN

"Benda tu buatkan semua adik-beradik takut buat hal dan selalu rahsiakan bersama kalau berlaku sesuatu. Baran bapa dia," ujarnya.

Akhirnya tatakala anak-anak meningkat dewasa, mereka memutuskan untuk membawa diri masing-masing keluar dari rumah.

"Baran bapa dia berterusan sampailah semua habis sekolah dan lepas tu anak-anak bawa diri masing-masing kerja dekat luar kampung.

"Semua adik-beradik tak call langsung bapa mereka sepanjang merantau. Semua call mak je menyembang tanya khabar.

Anak-anak menganggap si ayah seperti tidak wujud lagi. -Gambar hiasan

"Apabila mak nak bagi telefon dekat bapa terus diputuskan line ataupun merayu dekat mak tak nak bercakap dengan bapa," ceritanya.

Apabila tibanya hari lebaran untuk berkumpul sekeluarga, anak-anak cuba untuk mengelak berjumpa si bapa walaupun tinggal sebumbung.

"Berkumpul waktu hari raya meriah apabila bapa pergi surau atau keluar rumah.

"Apabila bapa balik semua diam masuk bilik. Kalau tengah bersembang ramai-ramai dekat dapur dengan mak tiba-tiba bapanya masuk dapur terus diam membisu.

"Setiap seorang adik-beradik akan masuk bilik tak nak bercakap dengan bapa mereka," cerita penulis mengenai hubungan dalam keluarga rakannya itu.

Ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, si anak dan ayah juga tidak bertegur sapa. -Gambar hiasan

Difahamkan juga si isteri ada menegur suaminya kerana terlalu bersikap kasar dengan anak-anak hingga jurang antara mereka terlalu jauh.

"Bapanya diam je. Sekarang nak marah pun tak ada apa nak dimarahkan. Anak-anak dah besar belaka tahu jaga diri.

"Mungkin bapanya ada rasa menyesal dalam diri sebab terlalu garang sampaikan tak ada sorang anak pun nak bercakap dengan dia," kata penulis menutup luahan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya rata-rata bertikam lidah dalam membincangkan luahan penulis.

Netizen ada yang menggesa anak-anak untuk memberikan si ayah peluang kedua. -Gambar hiasan

Ada yang bersimpati dengan nasib si ayah dan ada yang menyokong perbuatan si anak.

"Ayah dah tua kau tak nak ambil peluang luangkan masa dengan bapa kau. Nanti apabila bapa kau meninggal baru nak menangis rasa bersalah la apa la.

"Mungkin sebab garang tu la semua berjaya dalam hidup. Satu lagi, bab dia garang tu dia kena jawab nanti, tapi bab kita layan bapa kita, kita yang kena jawab.

"Agama kata mak ayah pintu syurga, ayah garang itu belakang cerita," ujar sebilangan warga maya yang memihak kepada si bapa.

Antara perbahasan yang dikemukakan warga maya.

Terdapat juga warga maya yang menyelar si bapa kerana merasakan perkara dilakukannya itu meninggalkan trauma kepada anak-anak.

"Mental abuse teruk lepas tu expect yang lepas tu boleh berbaik. Memang tak la. Lantak pi. Sendiri aniaya anak, sendiri tanggung.

"Kalau dah sejak kecil tak pernah cipta memori indah dan connection dengan anak-anak, percayalah anak-anak tak akan menangis pun apabila ayah tu meninggal.

"Nak anak-anak tegur, si bapa kena start minta maaf dulu. Jangan nak ego dengan anak-anak," ujar netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain