suria

[V] Suara dan wajah macam perempuan tapi berihram depan Kaabah... Ramai keliru identiti individu ini, imej Kpop nampak feminin

Cikgu Ery meluahkan rasa syukur di hadapan Kaabah.

BERPAKAIAN ihram seperti lelaki mengerjakan umrah, namun wajah dan suaranya persis wanita mencetuskan tanda-tanya.

Video seorang jemaah berdiri di hadapan Kaabah sambil melahirkan rasa syukur kerana dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci disalaherti oleh segelintir netizen.

"Lelaki ke perempuan?

"Dengar suara perempuan, confused," demikian antara komen netizen.

Hasil semakan mendapati kisah jemaah umrah ini pernah tular kerana dia merupakan mak nyah yang kembali ke pangkal jalan.

Bercakap kepada mStar dari Makkah, jemaah berkenaan, Mohd Khariri Mohamad Ramli berkata, dia tiba di Tanah Suci pada 8 Disember lalu dan ia merupakan kali ketiga dia mengerjakan umrah sejak 2012.

Katanya yang mesra disapa Cikgu Ery, ketiga-tiga umrahnya dilalui dengan dugaan dan rintangan yang berbeza-beza.

"Untuk umrah kali ini, ujiannya lagi dahsyat. Sebelum ini kes-kes yang melibatkan usahawan kosmetik dan pengkid, jadi tempias tu berlaku pada saya.

"Setiap kali nak masuk (tempat), saya diperiksa. Iyalah, muka saya muka operate, body operate. Jadi ini 'tinggalan sejarah', saya bekas mak nyah.

"Tapi saya bukannya pakai jubah perempuan, bukannya pakai mekap, bukannya pakai bra (cuma) wajah persis wanita dan suara seakan-akan wanita," katanya ketika dihubungi mStar.

bekas mak nyah umrah 2

Cikgu Ery di hadapan Masjid Nabawi di Madinah.

Tambah Cikgu Ery, 45, sungguhpun berdepan ujian dia tetap positif kerana yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

"Saya yang sentiasa positif, apa yang berlaku sama ada baik atau buruk, ada hikmah di sebaliknya dan ujian itu sebagai satu nikmat.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat hal la! Pengkid selamba tunai umrah pakai ihram, siap buat video latar belakang Kaabah... ramai marah sampai harap kena panah petir

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu Nyah Kini Daie

"Bagaimanapun umrah kali ketiga ini membuatkan saya lebih tenang walaupun menghadapi pelbagai kesulitan, cabaran dan ujian. Saya anggap ini sebagai satu nikmat.

"Syurga Allah itu mahal. Jadi saya tidak pernah berputus asa dan saya ambil apa yang berlaku ini sebagai satu ibrah," kata Cikgu Ery yang merujuk ibrah sebagai pengajaran daripada apa yang berlaku dalam kehidupan sendiri seperti ujian dan musibah.

bekas mak nyah umrah 3

Cikgu Ery menunaikan umrah buat kali ketiga.

Berasal dari Ipoh, Perak, dia mengakui kes tular seorang pengkid berihram di Tanah Suci dan usahawan kosmetik memakai telekung di Madinah dan Makkah sebelum ini ternyata memberi impak kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk berhijrah.

"Saya rasa apa yang berlaku sebelum ini melibatkan rakyat Malaysia dalam kalangan LGBT memberi impak negatif kepada golongan itu yang nak berhijrah.

Apa yang berlaku sama ada baik atau buruk, ada hikmah di sebaliknya dan ujian itu sebagai satu nikmat.

CIKGU ERY

"Kalau tak kuat, tak kental, mereka akan tertekan. Apabila balik Malaysia dan kembali menjadi lebih teruk daripada sebelum ini. (Nasihat saya), back to Islam. Untuk berubah kita kena kenal Islam," katanya yang turut terlibat dengan aktiviti dakwah bersama golongan mak nyah dan warga emas.

Mengenai keliruan segelintir netizen terhadap jantinanya, aktivis dan jurulatih senaman itu bagaimanapun tidak melatah dan menganggap mereka tidak mengenalinya lebih dekat.

bekas mak nyah umrah 4

Cikgu Ery menganggap setiap ujian sebagai satu nikmat, dan ada hikmah di sebaliknya.

Malah, sepanjang penghijrahannya selama hampir 12 tahun, dia akui berhadapan dengan banyak tentangan, kecaman dan fitnah daripada segelintir masyarakat.

"Tak kenal maka tak cinta. Kalau ada orang yang keliru tentang saya, lelaki ke perempuan, insyaAllah lama-kelamaan mereka akan kenal saya sebab saya melakukan transformasi (hijrah).

"Sekarang saya aktif sebagai coach senaman, imej saya nampak lebih moden dan ala Kpop. Tapi macam tak jadi Kpop, mungkin nampak lebih feminin.

"Namun, saya tidak berpakaian seperti wanita, tak pakai bra, tak pakai mekap. Jadi 'tinggalan sejarah' itulah yang menyebabkan orang keliru," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain