suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua wanita Rohingya nak bersalin, suami cuma ada RM1,000... Saksi tabik kesabaran petugas hospital layan drama

Sediakan wang mencukupi bagi mengelakkan sebarang sekatan ketika mendaftar di hospital. -Gambar hiasan AI

HASRAT dua lelaki etnik Rohingya mendaftarkan isteri masing-masing yang ingin bersalin di sebuah hospital kerajaan berdepan kesukaran selepas tidak mempunyai wang deposit.

Kedua-dua lelaki itu dimaklumkan petugas kaunter mereka perlu menyediakan wang sebanyak RM2,800 sebelum proses pendaftaran dapat dilakukan.

Bagaimanapun, kedua-dua lelaki terbabit memaklumkan mereka tidak mempunyai wang mencukupi, malah seorang daripadanya hanya memiliki RM1,000 yang didakwa dipinjam daripada rakan.

"Yang jaga kaunter tu tanya duit mana? Dia cakap tak ada. Jadi kalau tak ada duit tak boleh register tapi masa tu macam lawak la, dua-dua orang tu kena marah.

Setiap pesakit perlu memahami prosedur yang ditetapkan hospital. -Gambar hiasan AI

"Lepas tu saya pergi la Pusat Penilaian Obstetrik (PAC). Nak jadikan cerita, dua-dua bini Rohingya ni ada dekat situ. Jururawat dekat sana pula call suami mereka tanya mana RM2,800?

"Tak ada (duit) tak boleh beranak. Lepas suami dia cakap ada RM1,000 je, nurse pun tanya la kenapa masa tahu bini mengandung tak simpan duit? Sini (hospital) tak boleh berhutang," ceritanya.

Perkara itu dikongsikan seorang individu yang mendakwa menyaksikan sendiri kejadian berkenaan ketika berada di hospital tidak dinyatakan lokasinya.

Dalam masa sama, individu berkenaan memuji sikap petugas kesihatan yang tetap memberikan layanan baik kepada pesakit meskipun berdepan situasi mencabar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bangsa ni pandai manipulasi!” - Wanita menyesal ‘buka pintu’ kepada Rohingya... Sewa tak bayar, adab pun tiada

ARTIKEL BERKAITAN: Patut makin besar kepala, berani mencuri! Rupanya Rohingya ada ‘ayahanda' tempatan, tiap-tiap bulan makan ‘ufti’

"Kita sebagai rakyat Malaysia tolong la jangan kesiankan sangat dekat Rohingya ni. Kesian dekat doktor dan nurse

"Susah payah selamatkan mereka. Hampir setiap tahun beranak. Bayangkan nak jaga mereka macam mana dengan tak jaga kebersihan lagi tapi tu pun nurse punya baik.

"Siap tolong tukarkan baju lagi. Tolak wheelchair mereka, ambilkan dan suruh mereka makan lagi tapi akhirnya kena marah juga sebab letak pinggan dan cawan semua dekat lantai," imbasnya lagi.

Dia turut mendakwa terdapat segelintir individu yang gagal menjelaskan bil hospital sebelum meninggalkan premis, namun dakwaan tersebut tidak dapat disahkan.

  • Lelaki Rohingya didakwa tak mampu sedia kos bersalin RM2,800.
  • Jururawat tetap bantu urus pesakit meskipun berdepan cabaran.
  • Suami didakwa cuma ada RM1,000 hasil pinjam rakan.
  • Perkongsian di hospital cetus perdebatan netizen.
  • Netizen kongsi pengalaman berdepan situasi sama.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berkongsi pandangan mengenai pengalaman petugas kesihatan berdepan situasi sedemikian.

"Kita kena bantu jerit dan jerkah je bangsa Rohingya ni. Jururawat dan doktor tak boleh nak lebih-lebih nanti kena Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). Masyarakat juga kena menolong ye.

"Staf hospital tak boleh maki mereka nanti kena SISPAA tapi staf hospital cakap je tak ada duit tak boleh beranak hospital sini. Itu saja.

"Kalau saya jadi awak, saya pura-pura call imigresen cakap ada orang Rohingya dekat hospital sekian-sekian tak ada duit nak bayar. Percayalah mereka akan automatik tiba-tiba ada duit.

"Benda ni dah pernah jadi depan mata saya. Sejak daripada kejadian tu saya sudah tahu modus operandi mereka," komen beberapa individu memberi cadangan.

Artikel Lain