suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Patut makin besar kepala, berani mencuri! Rupanya Rohingya ada ‘ayahanda' tempatan, tiap-tiap bulan makan ‘ufti’

Kes jenayah melibatkan pendatang asing terus menjadi kebimbangan rakyat negara ini. -Gambar hiasan AI

ISU berkaitan kebanjiran etnik Rohingya terus menjadi perbualan hangat di media sosial apabila ramai netizen mula tampil berkongsi pengalaman pahit masing-masing ketika berdepan kumpulan berkenaan.

Terbaharu, menurut perkongsian seorang wanita, dia dan suaminya mendakwa pernah berdepan detik menjengkelkan melibatkan kes kecurian yang didakwa didalangi oleh jiran berbangsa Rohingya.

Namun apa yang lebih mengejutkan dan mencuri perhatian, dia mendakwa jiran Rohingya itu mendapat 'perlindungan' daripada seorang individu tempatan yang menggelarkan dirinya sebagai 'ayahanda'.

Ramai pengguna media sosial berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan pendatang Rohingya. -Gambar hiasan AI

"Hari tu aku dan suami marah Rohingya sebelah rumah, kantoi curi selipar suami aku. Masa kita marah tu, dia call seseorang.

"Tak lama lepas tu, ada yang call suami aku, dia perkenalkan diri sebagai ayahanda. Dia hubungi suami aku sebab nak bincang tentang budak Rohingya tu.

"Suami aku jawab... sorry la, ayah saya ada seorang je, tu pun dah meninggal bang. Tak apa, pasal kes curi ni saya nak pergi balai je buat report.

  • Wanita kongsi pengalaman berjiran dengan orang Rohingya.
  • Dia mendakwa selipar suaminya pernah dicuri oleh jirannya itu.
  • Dia juga mendakwa jiran Rohingya itu dilindungi oleh seorang individu.
  • Wanita itu pernah dihubungi 'ayahanda' selepas dia dan suaminya menegur jirannya.

"Terus pak sanggup Rohingya yang gelarkan diri dia ayahanda tu matikan perbualan," kongsi wanita berkenaan di aplikasi Threads.

Menjawab pertanyaan lanjut daripada warga maya di ruangan komen, pengadu mengesahkan bahawa lelaki misteri yang mendakwa dirinya 'ayahanda' itu merupakan seorang individu berbangsa Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu baru bersalin dedah perangai buruk wanita Rohingya dalam wad... Paling tak boleh lupa kejadian selisih di tandas!

ARTIKEL BERKAITAN: Minta sedekah dalam kedai, remaja Rohingya kena ‘hayun’ selepas usik makanan pelanggan - “Aku dah la tengah period”

Hantaran berani wanita itu setakat ini menerima lebih 2,300 tanda suka (likes) selain dihujani pelbagai reaksi berbaur geram daripada netizen tempatan.

"Puak ni memang ada yang membela. Yang membela pula puak Melayu kita. Tiap-tiap bulan makan ufti.

"Kalau betul nak halau puak pendatang ni, kena halau sekali dengan Melayu yang jaga mereka," dakwa seorang lagi individu di ruangan komen.

Artikel Lain