KESEDARAN tentang perlunya mengamalkan gaya hidup sihat menyebabkan ramai individu sanggup mengeluarkan kos untuk bersenam di gimnasium.Namun menurut seorang pemuda, dia rimas dengan kehadiran golongan lelaki lembut yang didakwa mempunyai niat tersembunyi setiap kali datang ke pusat kecergasan. "Aku tak kisah lelaki lembut atau gay nak pergi gim, itu hak individu. Tapi kot ya pun, janganlah nampak jelas sangat tujuan asal kau.Ramai wanita turut bersenam di gim bagi mendapatkan tubuh idaman. -Gambar hiasan AI"Kau pergi situ bukan nak sihat tubuh badan, tapi nak cuci mata dan cari pasangan. Ramai yang masih ingat Tuhan, tahu halal dan haram," ujarnya.Dalam hantaran sama, pemuda itu turut mempersoalkan golongan berkenaan yang didakwa banyak melakukan aktiviti tidak sepatatutnya di gim."Dalam dua bulan ni, dah tiga kali aku jumpa. Pakai baju pink, seluar pendek dan ketat sampai nampak bonjolan, lepas tu guna treadmill dan selfie.Pemuda tegur kebanjiran golongan lelaki lembut di gim.Dia rimas melihat mereka menggeletis ketika datang bersenam.Dia mendakwa golongan itu datang ke gim untuk melihat lelaki.Golongan itu juga didakwa memakai seluar ketat setiap kali datang ke gim.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tak kisah sebenarnya awak lembut pakai baju pink atau seluar ketat. Orang pergi gim ni ada cara pemakaian tersendiri. Ada yang nak bina badan, ada yang sekadar nak jaga kesihatan."Tapi ni terang-terang pergi bergambar, borak kemudian pandang-pandang orang. Lepas tu pergi tandas empat lima kali dalam sejam. Apa tujuannya?" tulisnya lagi.Hantaran di Threads itu turut mengundang pelbagai komen netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki lembut makin berani menonjol di media sosial... Pengikut pula beri sokongan, lupa hukum haram dan dosa besarARTIKEL BERKAITAN: “Dia save nama kawan tu ayang” - Adik syak abang jalin hubungan sejenis, dengar suara mengerang waktu bermalam di rumah"Aku pun lembut, pakai baju ketat. Tapi tak pandang-pandang lelaki pun. Terasa juga la. Sebab tu la golongan lembut takut nak pergi gim."Gim tempat aku ni terletak dalam kawasan ramai askar dan polis. Maka ramailah golongan tu datang ke gim. Pemilik pun terkejut ramai lelaki lembut dan pondan daftar gim," tulis netizen.