suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kakak meluat perangai adik perempuan... Umur dah dekat 30 tapi pemalas, suka terperap dalam bilik main ‘game’

Bukan hanya lelaki, sebaliknya permainan video turut menjadi kegilaan wanita. -Gambar hiasan AI

KEBIASAANNYA, golongan lelaki sering dikaitkan dengan ketagihan permainan video atau game sehingga tidak menghiraukan kehidupan seharian.

Namun menurut seorang wanita, adik perempuannya turut mengalami ketagihan sama sehingga langsung tidak menghiraukan hal ehwal dalam rumah.

"Boleh ke kalau nak rosakkan komputer (PC) adik sebab dia tak buat apa-apa kat rumah? Umurnya dah dekat 30 tahun, tapi hidupnya cuma makan, tidur, main game.

Ketagihan permainan video boleh berlaku seawal usia kanak-kanak. -Gambar hiasan AI

"Begitulah dia ulang setiap kali hujung minggu. Dia memang dah bekerja. Tapi dia langsung tak tolong buat kerja rumah. Sedangkan duduk dengan keluarga.

"Saya faham je dia nak hilangkan stres, tapi biarlah berpada-pada. Orang lain pun kerja juga sepanjang minggu. Tapi janganlah sampai tak bertanggungjawab," luahnya.

Wanita itu membuat luahan berkenaan menerusi aplikasi Threads.

  • Wanita mengadu adik perempuannya ketagih bermain permainan video.
  • Dia berkata adik perempuannya itu sudah berusia hampir 30 tahun.
  • Setiap hujung minggu adiknya terperuk di dalam bilik untuk bermain game.
  • Dia geram kerana adiknya mengabaikan kerja-kerja rumah.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu meminta wanita itu agar dia menghormati masa rehat adiknya.

"Dia kerja lima hari seminggu, weekend je main game? Kalau ya, biarkan dia kak.

"Baik dia kat rumah daripada keluar merayau.

ARTIKEL BERKAITAN: Sama-sama mengaku bujang, tak sangka isteri orang sanggup serah tubuh kepada BF PUBG! - “Awalnya merenyam dalam video call”

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta berputik ketika main RPG online, 'gamer' profesional terbang dari AS kahwini pembantu domestik

"Mungkin dia dah penat bekerja. Jadi main game tu boleh hilangkan stres," tulis netizen.

Menurut netizen lagi, adik kepada wanita itu perlu berpindah agar dia dapat menjalani kehidupan tanpa gangguan.

"Dia main game hujung minggu , bukan tiap hari. Nak santai hujung minggu pun kena judge. Sebab tu kena menyewa sendiri," tulis netizen lagi.

Artikel Lain