Sikap segelintir warga Rohingya menyebabkan ramai rakyat Malaysia kurang senang dengan kehadiran mereka. -Gambar hiasan AI
SABAN hari, ada sahaja pengguna media sosial yang tampil berkongsi pelbagai pengalaman kurang enak dan menjengkelkan ketika mereka berhadapan warga Rohingya.Terbaharu pada Ahad malam, seorang individu turut bercerita tentang pengalamannya menghuni sebuah wad di hospital kerajaan bersama seorang ibu hamil daripada etnik berkenaan. "Masa aku bersalin hari tu, ada seorang wanita Rohingya masuk. Dia punya bising tu, ya Tuhan... Dia call suami, buat loud speaker, cakap terjerit-jerit.Ramai netizen kongsi pengalaman kurang enak berhadapan warga Rohingya menerusi media sosial. -Gambar hiasan AI"Malam-malam dia suka pusing wad tengok baby orang. Jururawat tegur banyak kali, dia buat muka. Kemudian dia menangis dan menjerit, sakit contraction."Dia guna tandas tapi tak flush tahi. Aku nak masuk tandas, dia baru keluar. Aku nampak tahi, geli nak mampus," dakwa wanita itu.Dalam perkongsian panjang lebar di Threads, wanita ini turut mendedahkan sikap si suami kepada wanita Rohingya tersebut yang bertindak sesuka hati tanpa memikirkan privasi pesakit lain ketika waktu melawat.Wanita imbas kisah menghuni sebuah wad bersama ibu hamil warga Rohingya.Dia berdepan pengalaman buruk gara-gara sikap wanita Rohingya berkenaan.Selain gangguan bunyi, dia mendakwa wanita Rohingya itu juga bersikap pengotor.Suami wanita Rohingya itu turut bertindak sesuka hati ketika waktu melawat isterinya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Barang yang dibawa macam nak duduk sebulan. Habis diletak di katil sebelah yang kosong. Suaminya siap baring atas katil sebelah tu."Jururawat pun pening kepala tengok. Tentang bil hospital dia, aku tak tahu bayar atau tak sebab aku dah discaj dulu."Tapi di wad tu, Tuhan je tahu. Pengotor, badan berbau, cakap suara kuat, makan tak basuh tangan tapi lap di baju," dakwa wanita itu lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Geram tengok warga Rohingya baru bersalin buat 'nurse' macam 'balaci'! Arah tukar lampin, biar anak menangisARTIKEL BERKAITAN: “Dah la busuk, tak solat tarawih” - Jemaah masjid tak setuju geng Rohingya monopoli slot berbuka, datang hanya nak makanDi ruangan komen, beberapa individu turut mengakui kesahihan cerita wanita itu dan mendakwa mereka juga pernah melalui pengalaman sama."Saya pun ada pengalaman sama. Dia datang masa sakit nak bersalin dan terjerit-jerit. Apabila jururawat tanya, faham bahasa Melayu ke? dia geleng. Lepas tu dia berguling atas lantai."Saya hadapi dua tahun lepas. Anak dia menangis nak susu, dia bagi air masak. Anak baru lahir beberapa jam. Sampai naik 'angin' misi dengan dia," tulis netizen.