Setiap ibu pasti berasa sedih apabila mengetahui fizikal anak menjadi bahan umpatan. -Gambar hiasan AI
HATI ibu mana tidak terguris apabila melihat anak yang masih belum mengerti apa-apa sudah menjadi bahan sindiran hanya kerana memiliki warna kulit gelap.Berkongsi peristiwa pilu itu, ujarnya, kejadian berlaku ketika anaknya yang berusia satu tahun enam bulan menyapa sekumpulan individu. Namun malangnya, sikap ramah tersebut dibalas dengan sindiran sinis mengenai fizikal dan penampilan ketika itu."Anak aku sangat peramah tapi orang tak suka layan dia, pernah jadi cerita, dia pergi satu kumpulan ni dan hai hai.Segelintir kanak-kanak gemar menyapa orang sekeliling. -Gambar hiasan AI"Tapi dorang cakap eee siapa budak ni, dahlah hitam nampak comot," luahnya berkongsi situasi berlaku di Threads.Mengakui sedih dan terkilan dengan kata-kata sinis berkenaan, dia kemudian mengambil anaknya untuk berlalu pergi.Pada masa sama, dia sempat melemparkan senyuman pada kelompok tersebut meskipun mengetahui fizikal anaknya dihina."Aku agak sedih tapi aku ambil anak aku dan senyum je," luahnya sayu.Ibu sedih anak 18 bulan jadi mangsa body shaming.Anak yang peramah disindir kerana kulit gelap.Individu tegur, dakwa kanak-kanak itu nampak comot.Ibu hanya senyum dan bawa anak berlalu pergi.Netizen kecam, gesa hentikan hinaan terhadap kanak-kanak.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut wanita ini, dia tidak menyangka bahawa anaknya juga akan menerima nasib seperti dirinya.Lebih mengejutkan apabila kejadian tersebut berlaku di usia anaknya yang masih kecil."Ingatkan aku je kena body shaming, ni kamu kecil lagi dah kena... maaf sayang," tambahnya seolah-olah kecewa dengan sikap segelintir individu yang memandang warna kulit sebagai pengukur aras pada kecantikan.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam tindakan kelompok terbabit kerana mengeluarkan komen tidak wajar terhadap seorang kanak-kanak.ARTIKEL BERKAITAN: Kutuk rakan gemuk, remaja ‘terciduk’ disergah abang mangsa ‘body shaming’ dalam kafe - “Jangankan lelaki, kerja pun tak nak kau”ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar biadab terkencing dalam seluar, takut masuk bilik disiplin lepas ‘body shaming’ cikgu - “Budak tu panggil aku Doraemon”Tidak kurang juga mengingatkan orang ramai agar lebih menjaga tutur kata ketika berhadapan dengan anak kecil."Jangan normalisasikan cakap anak orang hitam ya, anak saya pun kadang-kadang orang tanya kenapa hitam dan tak ikut macam maknya putih."Sedih apabila ada budak tak mahu berkawan dengan anak kita. Sedih, sakit hati apabila dengar anak mengadu tiada yang nak kawan."Kadang-kadang pelik dengan orang yang suka mengata ni, sedangkan anak sendiri pun tak seberapa," demikian reaksi netizen.