suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dari SBP hingga sambung belajar ‘oversea’, ada je benda nak perlekeh... Wanita sedih pencapaian tak pernah dibangga mak ayah

Cabaran menuntut ilmu di luar negara bukan sahaja melibatkan akademik, malah turut menguji kekuatan emosi apabila sokongan keluarga tidak seperti yang diharapkan. -Gambar hiasan AI

SETIAP anak pasti mengharapkan kata-kata penghargaan daripada ibu bapa apabila berjaya mencapai sesuatu dalam hidup.

Walaupun hanya ucapan ringkas atau sokongan kecil, ia cukup bermakna untuk menjadi pembakar semangat meneruskan perjuangan.

Namun berbeza bagi seorang wanita ini yang meluahkan rasa sedih apabila setiap kejayaan diraih seolah-olah tidak pernah cukup untuk membuatkan kedua-dua ibu bapanya berasa bangga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah manusia paling saya benci!” - Anak dah tak tahan tengok ibu menderita, bertahun jadi hamba bapa pemalas dan baran

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat kerja tapi ibu tuduh sombong, tak bangga sebab anak kesayangan gagal temuduga- “Kesian dekat along”

"Saya dah masuk sekolah berasrama penuh, saya dah dapat 8A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tapi saya rasa ibu bapa langsung tak bangga dengan saya.  

"Sebab dulu masuk SBP pengambilan ketiga, ayah kata, nasib je ada kosong lagi. Siap cakap dekat adik-beradik lain yang saya ni tak ada lah pandai mana, masuk je sekolah pandai. 

"Saya tahu pun sebab adik cerita," luahnya dalam satu perkongsian di Threads.

Berkongsi masalah dengan rakan sedikit sebanyak dapat meringankan beban emosi. -Gambar hiasan AI

Berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas meraih keputusan cemerlang dalam SPM, wanita itu berkata dia bergelut dengan cabaran lebih-lebih lagi bahasa utama di institusi berkenaan menggunakan bahasa Arab sepenuhnya.

Apa menyedihkan, dia mendakwa ibu bapanya bukan saja enggan memahami situasi dialami malah menyalahkan dirinya kerana membuat keputusan sendiri ketika memilih institusi pengajian tinggi. 

"Selalu call parents nangis-nangis sebab tak boleh nak score. Lepas tu diorang salahkan kita balik.

"Bila dah habis, ayah cakap dia kecewa sebab anak dia tak dapat mumtaz. Mind you, memang susah sangat nak dapat mumtaz.

"Sekarang bila dah habis belajar ni, nak try benda baru mesti kena perli, jadi ke? Boleh ke?" ceritanya. 

  • Seorang wanita luah rasa sedih kerana pencapaiannya tidak pernah dihargai ibu bapa.
  • Dia merupakan bekas pelajar SBP dan meraih 8A dalam SPM.
  • Biarpun berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia tetap disalahkan lebih-lebih lagi tidak mendapat keputusan cemerlang.
  • Pengalaman demi pengalaman dilalui  membuatkan dia tawar hati berkongsi cerita dengan keluarga.
  • Netizen nasihatkannya supaya terus kuat semangat dan fokus kepada diri sendiri.

Menurut wanita berkenaan, pengalaman demi pengalaman dilalui membuatkan dia semakin tawar hati untuk berkongsi cerita mengenai kehidupan peribadinya dengan keluarga.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang simpati warga maya yang memahami perasaan kecewa apabila usaha dan pencapaian tidak dihargai oleh keluarga sendiri.

Rata-rata netizen menasihatinya agar terus kuat dan bersemangat dalam mendepani cabaran mendatang biarpun tanpa sokongan insan tersayang.

"Tujuan kita belajar bukannya nak impressed mak ayah. Ia untuk diri sendiri. Jadi manusia yang lebih baik dan bermanfaat.

"Wujud je parents toksik ni. Sedih kadang-kadang tapi move on je, dah besar kerja bagus, fokus diri sendiri," komen netizen. 

Artikel Lain