suria

“Perempuan gatal mudah jatuh hati tengok lelaki berpeluh!” - Isteri geram suami ‘pair’ dengan gadis bujang setiap kali main badminton

Aktiviti riadah bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah menjadi medan untuk bersosial bersama rakan. -Gambar hiasan AI

AKTIVITI riadah bersama rakan-rakan bukan sahaja menjadi ruang untuk bersosial, malah dalam masa yang sama mampu membantu mengurangkan tekanan selepas seharian sibuk dengan rutin di pejabat.

Namun dalam sesetengah situasi, aktiviti yang kelihatan biasa ini boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada segelintir individu apabila melibatkan batas pergaulan antara lelaki dan wanita.

Perkara inilah yang diluahkan oleh seorang wanita apabila dia mengakui mula berasa tidak senang hati dengan rutin suaminya setiap kali bermain badminton bersama rakan-rakan lain jantina. 

ARTIKEL BERKAITAN: Padah ajak suami orang keluar, perangai gatal ‘intern’ perempuan dilapor kepada HR!

ARTIKEL BERKAITAN: “Adakah saya over?” - Isteri menggigil baca mesej peribadi staf wanita dengan suami, siap minta tip ‘kejar’ lelaki idaman

"Aku nak tanya, anda okey tak kalau suami anda yang suka main badminton, then beregu lelaki perempuan.

"Jadi suami anda pasangannya (pair) adalah perempuan, lagi pula perempuan tu single, orang yang sama setiap kali main.

“Walaupun tak dirancang tapi repeat sebab group yang sama main. Aku tak bolehlah," tulisnya dalam hantaran berkenaan. 

Setiap individu wajar menjaga batas pergaulan terutamanya bagi yang sudah berkahwin. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita itu, dia bukan berniat menghalang suaminya daripada bersukan, namun bimbang jika keadaan tersebut berlarutan dan menjadi kebiasaan dalam pergaulan harian.

"Kita ni okey je nak bersukan, cuma pastikan lelakilah semua, tak payah nak ada perempuan ni.

"Kau nak main, main pair dan beregu lelaki sudah. Kau main la badminton sampai subuh pun. Tapi jangan dengan perempuan," ujarnya.

Tambahnya, bukan niat mahu berprasangka buruk, namun dia berpendapat situasi sedemikian perlu dielakkan kerana dibimbangi akan menjurus kepada konflik rumah tangga kelak. 

  • Seorang wanita meluahkan rasa kurang senang suaminya main badminton dengan rakan lain jantina.
  • Suaminya sering bergandingan dengan rakan perempuan yang masih bujang.
  • Dia tak halang minat suami bersukan, asalkan tiada rakan perempuan.
  • Nafi berprasangka buruk, cuma dia bimbang rumah tangganya diganggu.
  • Netizen bersetuju dengan pandangannya dan menekankan kepentingan jaga ikhtilat.

"Bukan tak percaya lelaki tapi tak percaya zaman banyak penyondolan ni. Perempuan gatal nampak lelaki berpeluh, keluar maskulin bagai ni, lagilah mudah jatuh hati," luahnya.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya, dengan rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya agar setiap individu berlainan jantina wajar menjaga batas pergaulan.

"Takut jadi bukan-bukan di masa depan. Cegahlah sejak awal.

"Bukan sebab jealous tapi sebab sebab Islam melarang percampuran lelaki dan perempuan tanpa sebab dan alasan yang kukuh.

"Ikut sekali kemudian lepas main tu mereka pasti tak duduk berdua sambung sembang luar gelanggang," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain