Setiap pekerja seharusnya mendapat layanan yang tidak berat sebelah daripada majikan. -Gambar hiasan AI
DALAM dunia pekerjaan, prestasi dan sumbangan lazimnya menjadi antara perkara yang dinilai sebelum seseorang menerima kenaikan gaji, jawatan atau bonus.Namun lain pula cerita dikongsikan individu ini yang tidak berpuas hati rakan sekerjanya kurang menunjukkan prestasi, tetapi masih dikekalkan majikan dan menerima kenaikan gaji serta bonus lebih tinggi. Menerusi satu perkongsian di Threads, individu berkenaan meluahkan rasa hairan dengan situasi tersebut dan mempersoalkan keadilan dalam penilaian prestasi di tempat kerja.Pekerja disaran untuk mengemukakan aduan kepada pihak atasan sekiranya mempunyai isu di tempat kerja. -Gambar hiasan AI"Kenapa ye bos suka simpan orang yang tak reti buat kerja? Sampai satu tahap, kerja pun tak ada sebab kerja yang patut dia buat, orang lain dah selesaikan."Tapi (bos) masih juga nak simpan. Tertanya-tanya lah, apa KPI dia sampai dia naik gaji, bonus dapat lebih," luahnya.Individu berkenaan juga mendakwa, rakan sekerjanya dilihat lebih banyak membelek telefon bimbit ketika berada di pejabat seolah-olah tiada tugasan perlu diselesaikan.Lebih mengecewakan katanya, perkara itu pernah dibangkitkan kepada pihak atasan namun situasi tersebut didakwa masih tidak berubah.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kongsi cara halus majikan singkirkan pekerja veteran, pindah ke jabatan ‘kerja berat’ - “Mereka buat sampai berhenti sendiri”ARTIKEL BERKAITAN: Wajib maklum 3 hari awal jika mahu MC... HR tanggung malu jawapan ‘loyar buruk’ pekerja, tak sampai sejam terus tarik balik notis"Datang pejabat, kerja tak banyak atau tak ada kerja pun!"Bila complaint dekat bos, bos bagi tugasan. Tapi tak nak buat, pass dekat orang lain sebab (dia) rasa itu bukan arahan bos pun. Padahal arahan memang datang daripada bos."Yang paling kelakar, terus rasa kena attack. Hal kerja kot... apa yang kau rasa kena attack? Sudah-sudahlah nak play victim, sampai semua benda anggap orang dengki dengan kau," katanya.Tambah individu berkenaan, dia sama sekali tidak berniat mahu mencetuskan konflik, sebaliknya hanya mahu meluahkan rasa kurang puas hati terhadap apa dilihatnya sebagai layanan tidak adil di tempat kerja.Seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rakan sekerja yang didakwa kurang menunjukkan prestasi tetapi masih dikekalkan majikan.Rakan sekerja itu didakwa menerima kenaikan gaji dan bonus lebih tinggi.Dia juga didakwa lebih banyak bermain telefon ketika di pejabat.Perkara itu sudah diadukan kepada majikan namun situasi masih tak berubah. Netizen menyarankan perkara itu dibawa kepada pihak atasan secara profesional sekiranya menjejaskan kakitangan lain.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian individu tersebut mendapat perhatian warga maya dengan rata-ratanya mengakui pernah berdepan situasi hampir sama di tempat kerja.Pada masa sama, ada juga menyarankan individu berkenaan supaya menyuarakan perkara tersebut kepada pihak atasan secara profesional sekiranya keadaan itu benar-benar menjejaskan tugasan dan beban kerja rakan sekerja lain."Selalunya staf macam ini jenis mulut manis, kaki spin atau jenis jual cerita sedih. Kadang-kadang pihak pengurusan pula mudah percaya."Kalau buang dia, bos panas. Dia kan kaki kipas. "Dekat tempat saya siap skandal lagi. Dah lah bini orang," demikian antara komen netizen.