BUKAN mudah untuk memuaskan hati semua orang, apatah lagi apabila ia membabitkan insan terdekat yang masing-masing mempunyai harapan tersendiri.Begitulah dilema dihadapi seorang individu apabila tersepit antara memenuhi permintaan ibu atau menghadiri majlis perkahwinan sahabat yang sudah dirancang lebih awal. Menurut individu berkenaan, dia sudah merancang untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya yang bakal berlangsung hujung Ogos, malah jemputan tersebut sudah dimaklumkan sejak Julai lalu.Namun, keadaan berubah apabila ibunya memaklumkan mengenai majlis perkahwinan saudara jauh yang turut berlangsung pada tarikh sama, sekali gus meletakkan dirinya dalam dilema.Seseorang boleh mengalami tekanan apabila terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan dan dipendam sendiri. -Gambar hiasan"Sejujurnya aku sedang sakit jiwa dengan mak aku. Okay ceritanya wedding kawan aku hujung Ogos ni, dia dah bagitau sejak Julai lagi dan selalu remind untuk datang wedding dia."Wedding dia dekat kampung aku je dan memang sehari sebelum majlis tu aku akan balik kampung. "Lepas tu mak aku pun cakap ada wedding saudara jauh pada tarikh yang sama tapi mak aku bagitau baru minggu ni,"luahnya dalam hantaran di Threads.Pada awalnya, individu berkenaan menyangka perkara itu tidak menjadi masalah kerana menyangka lokasi kedua-dua majlis terletak berdekatan.ARTIKEL BERKAITAN: Umur 70 tahun masih toksik, nak kongkong semua perkara... Anak nekad pindah dari rumah ibu, mahu jaga mental isteriARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 tahun anak sabar dengan ibu bapa toksik! Cucu nazak tak ziarah, lepas meninggal jadi orang terpaling sedih"Tiba-tiba dua hari lepas, mak aku hantar kad undangan saudara aku. Nah kau, dia buat majlis dekat daerah lain. Majlis tu dekat tempat aku duduk sekarang. Aku duduk daerah lain dengan family. "Perjalanan tiga jam pergi dan balik. Esoknya sehari selepas kenduri, aku kena balik semula sebab kerja," kongsinya.Jelasnya, dia kemudian cuba berbincang dengan ibunya mengenai perkara tersebut, bagaimanapun respons yang diterima membuatkan dia semakin tertekan dan serba salah."Ia memenatkan... aku pun usulkan yang aku ada majlis kawan. Lepas tu mak aku cakap, pilih kawan atau mak sendiri. Seorang individu berdepan dilema memilih antara kenduri kawan atau saudara.Dia sudah merancang hadir majlis kawan yang dimaklumkan sejak Julai.Ibunya kemudian memaklumkan tentang kenduri saudara pada tarikh sama.Lokasi kenduri saudara jauh dan perjalanan pergi balik mengambil masa tiga jam.Dia semakin stres selepas ibunya meminta supaya memilih antara kawan atau ibu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Serius weh, kadang kerja enam hari, cuti satu hari... tak sempat nak rehat satu hal, nak memenuhi keinginan semua orang satu hal. Aku jadi stres," luahnya lagi.Di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata bersimpati dengan situasi dihadapi individu berkenaan.Ada yang menyifatkan situasi tersebut bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila melibatkan komitmen kerja serta perjalanan yang jauh.Malah, beberapa netizen berpendapat individu itu tidak sepatutnya terlalu menyalahkan diri sendiri sekiranya tidak dapat memenuhi semua permintaan pada masa yang sama.