suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Langit dah gelap baru teringat nak jemput anak... Cikgu tadika bengang kena kerja lebih masa, minta mak ayah jangan ‘selfish’

Anak-anak pastinya sedih jika mereka lambat dijemput pulang oleh ibu bapa. -Gambar hiasan AI

RAMAI pasangan berdepan cabaran apabila mereka perlu membahagikan masa antara tuntutan kerjaya dengan tanggungjawab menguruskan anak.

Antara cabaran sering dihadapi adalah memastikan anak dihantar dan dijemput dari sekolah mengikut waktu yang ditetapkan.

Menurut seorang guru tadika, dia kurang senang apabila segelintir ibu bapa membiarkan anak-anak tidak dijemput sehingga hari sudah malam.

Waktu bersama keluarga semakin berkurang apabila anak ditinggalkan hampir sepanjang hari di tadika. -Gambar hiasan AI

"Pelik betul mak ayah zaman sekarang. Pukul 7.15 petang tak jemput anak dari tadika lagi. Cikgu pun ada had masa, nak balik rehat.

"Dari pagi kerja. Waktu gelap pukul 7 pagi dah kena ada di tadika. Takkanlah waktu balik pun pukul 7 lebih juga?

"Memanglah ada elaun kerja lebih masa dan mereka bayar, tapi tolonglah ada common sense. Jangan pentingkan diri," luahnya.

  • Cikgu tadika luah tentang realiti kerja yang dilaluinya setiap hari.
  • Dia kesal ada ibu bapa tak jemput anak sehingga waktu malam.
  • Cikgu itu berkata dia juga penat dan mahu berehat selepas habis kerja.
  • Ramai guru tadika lain turut kongsi luahan serupa di aplikasi Threads.

Lebih teruk, dia mendakwa ada ibu bapa yang langsung tidak memaklumkan kepada guru atau pihak tadika tentang kelewatan mereka.

"Masalahnya, mak ayah tak inform langsung tentang kelewatan mereka. Diam je. Itu yang kita geram. Kita menunggu, tapi tak tahu mereka datang jemput pukul berapa.

"Anak pun sepanjang masa mencari mak ayah. Tapi mak ayah tak datang-datang jemput," tulis guru wanita itu menerusi satu hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji RM1,600 tapi kerja 11 jam sehari... Guru tadika ‘heret’ majikan ke JTK selepas tipu caruman KWSP, Perkeso

ARTIKEL BERKAITAN: Bayar mahal tapi cikgu tak ‘update’ gambar... Ibu terkilan anak ‘ghaib’ daripada grup WhatsApp tadika, macam tak wujud!

Menjengah ke ruangan komen, ramai guru-guru dari tadika lain turut mengakui berdepan situasi sama setiap hari.

"Tadika saya hari-hari budak balik lambat. Pukul 7 lebih masih boleh terima. Kadang ada sampai 9 malam.

"Saya pernah kena tunggu sampai 8.30 malam. Budak itu menangis atas pangkuan saya sampai tertidur," tulis beberapa guru tadika.

Artikel Lain