suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesakit kanser tahap 3 mahu cepat sihat dan bekerja semula, menangis dapat tahu ibu gadai gelang ‘favorite’ sebab terdesak

Diuji dengan penyakit kronik merupakan satu cabaran besar yang bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan fizikal, malah turut menguji kekuatan emosi dan mental. -Gambar hiasan AI

SETIAP insan pasti diuji dengan dugaan yang berbeza dalam kehidupan. 

Ada ketika, ujian yang datang bertubi-tubi membuatkan seseorang berasa seolah-olah berada di titik paling rendah.

Begitulah yang dilalui seorang individu apabila terpaksa berehat sementara daripada pekerjaan bagi menjalani rawatan selepas disahkan menghidap kanser.

Dalam keadaan dirinya tidak dapat bekerja seperti biasa, dia turut berdepan kerisauan mengenai keadaan kewangan keluarga sehingga tersentuh apabila mengetahui ibunya terpaksa menggadaikan gelang kerana kesempitan wang.

Emas merupakan aset mudah cair yang sering digunakan ketika seseorang mengalami masalah kewangan. -Gambar hiasan AI

"Titik terendah dalam hidup aku. Mana gelang mak selalu pakai?

"Jawapan mak, mak gadai. Dulu kau selalu bagi mak duit. Ni kau dah tak kerja, nak beli itu ini, banyak kena pakai duit," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.

Pengakuan tersebut membuatkan individu berkenaan tidak dapat menahan tangis kerana merasakan dirinya tidak lagi berupaya membantu keluarga seperti sebelum ini. 

ARTIKEL BERKAITAN: Di ambang titik terendah... Suri rumah sayu terpaksa lepaskan koleksi rantai tangan ‘lipan’, emas ratusan gram demi kelangsungan hidup

ARTIKEL BERKAITAN: “Duit kau RM4,000 je pun!” - Niat murni tebus gelang emas ibu dibalas tuba, adik-beradik tergamak gadai semula

"Time tu juga aku menangis. Cepatlah kanser dan treatment ni selesai. Nak kerja balik," ujarnya.

Dia turut meluahkan rasa terkilan apabila situasi yang dihadapinya kini berbeza berbanding ketika masih mampu bekerja dan menanggung pelbagai komitmen kewangan sendiri.

"Dulu time kerja, aku bayar tax beribu sebulan. Sekarang bantuan apa pun tak ada atas alasan kanser baru stage 3 dan sihat lagi. 

"Memang aku pendam je. Tak apa, Allah ada," kongsinya.

  • Seorang individu terpaksa berehat daripada kerja untuk menjalani rawatan kanser.
  • Dia sebak selepas mengetahui ibunya terpaksa menggadaikan gelang kerana kesempitan wang.
  • Dia berharap rawatan segera selesai supaya dapat kembali bekerja dan membantu keluarga.
  • Individu itu turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak menerima bantuan yang diharapkan.
  • Netizen menitipkan doa dan kata-kata semangat agar dia terus kuat menghadapi ujian.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar segala urusan rawatan individu berkenaan dipermudahkan serta diberikan kekuatan untuk melalui ujian tersebut.

Tidak kurang juga yang memberikan kata-kata semangat supaya dia terus tabah dan tidak berputus asa dalam menghadapi keadaan yang sedang dilalui.

"Tahap 3 atau 4 semua ni kena kerja sebab nak hidup. Bukan sebab kuat. Aku harap siapa panel penilai tak ada ehsan dan otak ni mereput.

"Sedihnya baca situasi macam ni. Moga-moga ada kerja yang sesuai dengan encik," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain