KEHADIRAN pendatang asing tanpa izin (Pati) di Malaysia sememangnya menjadi isu yang mengundang rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.Pada Sabtu, seorang wanita tempatan tular selepas berkongsi cerita pengalaman buruknya berhadapan dengan Pati yang membuat masalah di negara ini. "Saya dah mula rimas dengan Rohingya dan Pati. Semalam (Jumaat) dekat sebuah kedai serbaneka, aku mengamuk dekat Pati sebab dia hon kereta aku. Ramai rakyat Malaysia kurang senang apabila warga asing bertindak sesuka hati di negara ini. -Gambar hiasan AI"Kononnya kereta aku block kereta dia. Lepas tu aku turunkan tingkap, aku jerit, who the f*** honked at my car? Pati tu terkejut aku jerit, terus terhegeh-hegeh cakap baik-baik."Aku jerit tanya mana lesen dia? Pati tu terdiam. Dengan Pati ni kita mak-mak Melayu kena ganas macam singa," ujar wanita itu.Menurutnya, kejadian itu berlaku di hadapan sebuah kedai serbaneka di Kajang, Selangor.Wanita tular selepas kongsi pengalaman berhadapan warga asing.Warga asing itu menekan hon kerana mendakwa keretanya dihalang.Wanita itu terus menurunkan tingkap dan memarahi Pati berkenaan.Ramai puji sikap berani wanita itu yang melawan kebiadaban Pati.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa bengang dengan warga asing yang bebas memandu tanpa lesen di negara ini.Pada masa sama, netizen turut bangga apabila wanita itu berani mempertahankan diri daripada dibuli oleh warga asing."Kita ni nak ambil lesen bayar beribu. Nak renew lesen pun kena bayar sama dulu. Pati dan Roihingya bebas je memandu.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terseksa satu bas dengan 40 lelaki Rohingya, bau ‘bangkai’ menusuk hidung - “Dari Pasir Putih sampai Machang aku tak bernafas”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Rohingya baling surah Yasin, bengang pemuda tengah makan enggan ‘support’ jualan - “Dia sempat pukul belakang aku sebelum lari”"Bukan kat Kajang je. Selayang lagi teruk. Populasi Rohingya ni meningkat. Siap sewa rumah corner lot, naik kereta Audi lagi."Puas hati kita baca. Tak ada lesen tapi berlagak. Geram pula rasa," tulis netizen.