suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati isteri membara dengar suara gedik rakan sekerja suami, keluar berdua konon beli barang pejabat - “Memang cari fasal!”

Batas pergaulan yang tidak dijaga dengan baik boleh menimbulkan salah faham, menghakis kepercayaan dan membuka ruang kepada masalah dalam perkahwinan. -Gambar hiasan AI

BAGI sesetengah individu yang sudah berkahwin, keluar berdua dengan rakan sekerja berlainan jantina atas urusan kerja mungkin dianggap perkara biasa.

Namun hakikatnya situasi tersebut boleh mencetuskan rasa kurang senang pasangan kerana boleh menjurus kepada perlakuan curang.

Di Threads, seorang wanita meluahkan rasa marah apabila mengetahui suaminya keluar berdua dengan seorang rakan sekerja perempuan atas alasan membeli barangan untuk kegunaan di pejabat.

"Korang boleh terima ke kalau suami korang keluar dengan perempuan lain contohnya staf tempat kerja dia, alasan nak beli barang-barang kerja?

"Bagi pendapat sikit... sebab suami aku kata, aku drama lebih," luahnya.

Sikap jujur amat penting bagi memastikan kepercayaan yang dibina dalam sesebuah perkahwinan terus terpelihara. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita berkenaan, selepas kejadian itu, dia cuba mendapatkan kepastian daripada suaminya sama ada lelaki terbabit masih keluar berdua atas alasan kerja bersama individu sama.

"Tapi jawapan dia, tak tahu. Korang boleh terima ke jawapan ni? Aku yang drama lebih atau laki aku yang menafikan hak aku sebagai isteri?" katanya.

Tambah wanita itu, rasa tidak selesanya terhadap rakan sekerja suaminya itu bukan tanpa sebab.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mesra chat rakan ‘office’, dah kantoi label pula isteri cemburu buta - “Pukul 2 pagi dia minta maaf dekat perempuan tu”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bergetar’ naluri isteri tengok telefon suami asyik ‘meniarap’, rupanya simpan skandal dekat pejabat... Siap hadiahkan gelang emas!

Menurutnya, dia pernah terdengar sendiri cara wanita berkenaan bercakap dengan suaminya ketika mereka sedang berhubung melalui telefon.

"Dah lah perempuan tu jenis gedik. Pernah aku tengah telefon laki aku, aku dengar suara dia panggil laki aku dengan mengada-ngada, macam mendayu-dayu. Memang cari fasal!" katanya.

Disebabkan pengalaman itu, wanita berkenaan mengakui dia berasa marah apabila mendapat tahu suaminya sekali lagi keluar berdua dengan rakan sekerja tersebut.

"Jadi sebab itulah bila aku dapat tahu laki aku keluar berdua beli barang dengan perempuan itu, aku mengamuk. Tapi laki aku menafikan perasaan aku!" luahnya lagi. 

  • Seorang wanita meluahkan rasa marah selepas suaminya keluar berdua dengan rakan sekerja perempuan atas urusan kerja.
  • Suaminya menganggap wanita itu terlalu beremosi dan berdrama.
  • Wanita itu juga geram bila suami enggan berikan jawapan bila berulang kali ditanya sama ada masih keluar berdua.
  • Dia mendakwa pernah terdengar rakan sekerja suaminya bercakap dengan nada gedik di telefon.
  • Luahan itu mendapat pelbagai reaksi netizen, antaranya berkongsi pengalaman pasangan curang selepas kerap keluar berdua atas alasan kerja.

Di ruangan komen, rata-ratanya memahami rasa cemburu wanita berkenaan manakala sebahagian lain berpendapat pasangan perlu berbincang secara terbuka mengenai batas pergaulan di tempat kerja.

"Pengalaman saya, bekas suami keluar berdua dengan perempuan alasan kerja. Keluar pergi makan lah, beli barang kerja lah. Last last curang.

"Tak adanya saja-saja nak drama ke apa, memang tak boleh pun! 

"Kalau dia dah 'termula' bagi ruang dekat perempuan lain... jadi faham-faham sajalah," demikian antara komen netizen.  

Artikel Lain