suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murid perempuan Tahun 2 trauma, ada budak ‘pedajal’ kencing dalam botol air

Kenakalan mungkin bermula sebagai gurauan dan boleh melampaui batas jika tiada kawalan. -Gambar hiasan AI

KENAKALAN dalam kalangan kanak-kanak mungkin dianggap perkara biasa, namun ia boleh menjadi serius apabila melibatkan perbuatan yang memudaratkan atau menjejaskan keselamatan individu lain.

Apa lebih membimbangkan adalah apabila tindakan tersebut dipercayai dilakukan secara sengaja, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini di Threads.

Menerusi perkongsiannya, wanita tersebut menceritakan satu kejadian yang berlaku di sekolah anaknya sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan ibu bapa dan guru. 

Bergurau bersama rakan-rakan sememangnya normal namun setiap gurauan tetap mempunyai batas. -Gambar hiasan AI

"Ada parents sekolah anak saya bagitahu dekat group (WhatsApp), anak dia perempuan Darjah 2, bawa bekal air ke sekolah. Botol tu dia letak atas meja dan keluar sebentar pergi jumpa kakak dekat kelas kakak. 

"Bila masuk balik kelas, dia terus ambil botol dan minum. Time minum tu dia keluarkan balik air sebab air tu bukan air kosong, tapi air kencing!" tulisnya dalam hantaran tersebut.

Wanita berkenaan menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan dan mempersoalkan perbuatan pelaku yang tergamak melakukan perkara sedemikian terhadap rakan sendiri. 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dituduh pembuli sampai rakan sekelas trauma ke sekolah, ibu tak percaya terus cari bukti... Lega guru jadi penyelamat

ARTIKEL BERKAITAN: Murid OKU mangsa buli dilabel ‘kaki report’... Ibu datang sekolah mengadu, cikgu tak puas hati guru besar ambil tindakan

"Jahat eh budak yang kencing dalam botol adik tu. 

"Sekarang pihak sekolah tengah siasat nak cari siapa punya kerja," ujarnya.

Apa yang lebih menyedihkan, murid terbabit dikatakan sempat menelan air tersebut sebelum menyedari ia bukan air kosong seperti yang disangkakan.

"Mesti trauma dia setiap kali tengok botol air," kongsinya.

  • Seorang wanita berkongsi kejadian murid Darjah Dua tertelan air kencing selepas minum dari botolnya di sekolah.
  • Botol air murid itu dipercayai diletakkan di dalam kelas sebelum dicemari.
  • Pihak sekolah kini sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pelaku.
  • Mangsa dikhuatiri mengalami trauma susulan kejadian tersebut.
  • Netizen menggesa pihak sekolah mengambil tindakan tegas dan tidak menganggapnya sekadar kenakalan. 

Di ruangan komen, rata-rata netizen menggesa pihak sekolah mengambil tindakan tegas sekiranya individu yang bertanggungjawab berjaya dikenal pasti.

Mereka turut berpendapat perbuatan tersebut tidak boleh dianggap sebagai gurauan biasa kerana melibatkan kebersihan, keselamatan serta boleh menyebabkan mangsa mengalami trauma. 

"Ni bukan nakal, ni jahat dah ni. Kurang ajar betul.

"Darjah 2 tapi perangai macam s*al. Jahat betul kau pedajal sampai letak air kencing dalam botol kawan tu," komen netizen. 

Artikel Lain