suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai terhibur, tak sangka ada lelaki Malaysia skandal dengan wanita Rohingya... Sanggup curang masa isteri tengah mengandung

Segelintir warga asing hidup lebih selesa selepas berkahwin dengan warga tempatan. -Gambar hiasan AI

KEDENGARAN seperti tidak masuk akal, namun siapa sangka ada lelaki Malaysia yang jatuh cinta dengan wanita Rohingya.

Dakwaan mengenai kisah percintaan dua individu itu meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi oleh seorang individu pada malam Sabtu.

Dakwa individu itu, rumah tangga kakak kandung serta abang iparnya berantakan gara-gara kehadiran wanita Rohingya berkenaan.

Isteri pastinya kecewa jika mengetahui suaminya curang dengan wanita lain. -Gambar hiasan AI

"Korang nak dengar kisah panas tak? Abang ipar aku curang dengan kakak aku. Lepas tu, si penyondol merupakan orang Rohignya.

"Jumpa kat mana? Jumpa masa sekatan jalan raya. Abang ipar aku polis. Paling teruk, sekarang kakak aku tengah hamil," dakwanya.

Hantaran yang dimuat naik menerusi aplikasi Threads itu mengundang lebih 2,700 tanda suka (likes) dan turut dihujani hampir 400 komen.

  • Seorang pelayar Threads tular selepas berkongsi kisah kecurangan abang iparnya.
  • Dia mendakwa abang iparnya curang dan menjalin hubungan dengan wanita Rohingya.
  • Lebih teruk, dia mendakwa kecurangan itu berlaku ketika kakaknya sedang berbadan dua.
  • Ramai netizen anggap kisah itu lucu dan tak sangka dia 'berselera' dengan wanita Rohingya.

Menurut individu itu lagi, dia juga sukar percaya abang iparnya sanggup bercinta dengan pendatang asing berbangsa Rohingya.

"Saya dengar pun nak tergelak. Tak pernah dibuat orang suka Rohingya. Abang ipar tak kena 'mandrem' pun sebab dah jumpa ustaz.

"Ustaz kata memang perangai abang ipar aku macam tu. Sumpah ini cerita betul," tulis individu itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Rohingya baling surah Yasin, bengang pemuda tengah makan enggan ‘support’ jualan - “Dia sempat pukul belakang aku sebelum lari”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terseksa satu bas dengan 40 lelaki Rohingya, bau ‘bangkai’ menusuk hidung - “Dari Pasir Putih sampai Machang aku tak bernafas”

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa terhibur dan geram membaca perkongsian kisah berkenaan.

"Kali pertama aku baca ada lelaki jatuh cinta dengan perempuan Rohingya. Hinanya kisah abang ipar kau. Dah tak ada bangsa lain ke nak cari skandal?

"Dia taste orang luar negara. Tak dapat yang rupa mat salih atau Chinese look, Rohingya pun okey," tulis netizen.

Artikel Lain