suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita enggan jadi bibik, suami sihat walafiat kena urus makan pakai sendiri... Tunggu sakit baru boleh ‘kawtim’

Wanita tidak sepatutnya dilayan seperti hamba dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

KEHIDUPAN seorang lelaki biasanya akan berubah dan menjadi lebih terurus selepas mendirikan rumah tangga.

Kehadiran isteri bukan sekadar menjadi pendamping, malah mereka turut membantu menguruskan soal makan dan pakaian suami.

Namun menurut seorang wanita, dia tidak mahu meletakkan dirinya setaraf dengan pembantu rumah sekiranya berkahwin suatu hari nanti.

Isteri tidak sepatutnya dibiarkan menguruskan rumah tangga sendirian tanpa bantuan suami. -Gambar hiasan AI

“Lepas kahwin nanti, aku tak nak uruskan baju suami walaupun aku duduk di rumah je. Aku bukan bibik yang perlu uruskan hal peribadi dia. 

“Kau jaga barang sendiri. Aku jaga barang aku. Apabila ada anak dan rumah, kita jaga bersama-sama. 

“Jangan bebankan pasangan untuk benda yang kau boleh buat sendiri. Kalau sakit... tu lain cerita la,” luahnya.

  • Seorang wanita berpendapat isteri tidak sepatutnya dianggap seperti pembantu rumah.
  • Dia berkata suami perlu menguruskan diri sendiri jika mereka masih sihat.
  • Jika berkahwin, wanita itu mahu dirinya dibayar gaji untuk melakukan kerja rumah.
  • Ramai netizen anggap wanita itu sebenarnya masih belum bersedia untuk bergelar isteri.

Tambahnya, seorang suami tidak sepatutnya mempunyai masalah untuk menguruskan hal peribadi sekiranya diri sendiri masih sihat walafiat.

“Kalau sihat, uruslah diri sendiri. Dah besar kan? Lain la kalau kau bayar gaji aku, tak termasuk dengan nafkah.

“Isteri bukan bibik atau orang gaji. Kalau rasa tak mampu nak bayar orang gaji, itu bermakna kamu mungkin tak mampu nak ada isteri,” tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rekod bersih’ dari zaman bercinta di kolej, suami akhirnya terlanjur dengan bibik! Beri alasan isteri asyik tolak seks - "Maid cakap banyak kali"

ARTIKEL BERKAITAN: Penat jaga kesucian diri, isteri kecewa suami hilang teruna dengan wanita lain - “Sakit hati bila teringat”

Bagaimanapun, majoriti pelayar Threads meluahkan rasa kurang setuju dengan pandangan wanita itu dan menganggapnya masih belum bersedia untuk berumah tangga.

“Berkiranya... langsung tak ada empati. Semoga kau dipermainkan oleh lelaki jahat. Langsung tak layak dengan lelaki baik.

“Ini tanda-tanda belum bersedia nak kahwin. Kalau tak bersedia, jangan kahwin dulu dik.

“Biasanya orang sakit otak macam kau ni tiada siapa yang nak pun,” tulis beberapa netizen.

Artikel Lain