suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri menyorok dekat tempat sangkut baju, ketakutan tengok suami mengamuk seperti ‘kerasukan’ di siang hari!

Masalah rumah tangga sering berakhir dengan pertengkaran. -Gambar hiasan AI

RUTIN biasa keluar membeli barang keperluan rumah bersama pasangan boleh membuka ruang dan peluang untuk mengeratkan hubungan suami isteri.

Namun bagi wanita ini, kunjungan ke pasar bersama suaminya bertukar menjadi pengalaman menyedihkan apabila dia ditengking di hadapan orang ramai.

Mengimbau peristiwa pahit yang berlaku itu, ujarnya sebelum kejadian tersebut dia menyedari emosi suaminya berada dalam keadaan tidak baik selepas pertanyaan tentang barang yang ingin dibeli dijawab secara tak acuh.

"Jadi aku ajaklah dia balik, alih-alih aku kena tengking dekat lot parkir berhampiran kawasan kedai. Semua orang tengok dia tengking aku... kemudian aku balik jalan kaki," luahnya di Threads.

Komunikasi antara pasangan adalah penting bagi memastikan hubungan harmoni. -Gambar hiasan AI

Komunikasi antara pasangan adalah penting bagi memastikan hubungan harmoni. -Gambar hiasan AI

Beranggapan perkara tersebut berakhir begitu sahaja, dia bagaimanapun terkejut apabila suaminya seolah-olah kerasukan apabila tergamak menghempas motosikal di hadapan rumah jiran.

Lebih menambah rasa kecewa apabila dia terpaksa melihat amukan suaminya yang semakin baran.

"Aku nak lari, tapi tak tahu nak pergi mana, akhirnya aku menyorok dekat tempat sangkut baju sebab kalau dia marah, dia akan rosakkan barang di sekeliling.

  • Seorang wanita kecewa apabila kunjungan ke pasar bersama suaminya berakhir dengan dia ditengking di hadapan orang ramai.
  • Suaminya sudah kelihatan tidak bersemangat ketika mereka memilih barang, lalu dia mengajak lelaki itu pulang.
  • Selepas ditengking di tempat letak kereta, wanita itu pulang berjalan kaki.
  • Takut dengan amukan suaminya dia menyorok di kawasan tempat menyangkut pakaian.
  • Netizen berkongsi pengalaman hidup dengan pasangan yang merosakkan barang ketika marah.

"Tapi dia tak pernah naik tangan dekat aku," adunya yang bersedia dengan kunci rumah dan telefon bimbit untuk melarikan diri.

Meskipun berasa takut, namun katanya jauh di sudut hati dia mengharapkan suaminya datang memujuk.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia bersabar atau memilih jalan penceraian.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki panas baran sebenarnya romantis... Wanita dedah sisi baik BF, tak berkira soal duit - “Tapi sayang, dia minum ketum”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu hadap isteri bekerjaya panas baran, pantang ditegur ‘bergegar’ rumah... Fasal makan pun boleh gaduh!

"Kalau belum ada anak, angkat kaki sis dan cari kebahagiaan awak sendiri.

"Orang yang masa marah suka baling-baling barang ni, seumur hidup dia tak akan senang.

"Pernah merasa, 14 tahun saya hidup dengan orang macam tu, sedaya upaya jaga hati dia tapi jenis rosakkan barang," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain