PROSES taaruf memberi peluang kepada lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin untuk saling mengenali dengan lebih mendalam sebelum mendirikan rumah tangga.Dalam fasa ini, mereka boleh menilai hati budi, keperibadian serta keserasian bakal pasangan agar tidak tersilap langkah dalam membuat pilihan untuk masa depan. Menurut seorang wanita, dia pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika menjalani proses taaruf dengan seorang lelaki yang berselindung di sebalik imej agama.Kesilapan memilih pasangan boleh menyebabkan rumah tangga tidak bahagia. -Gambar hiasan AI“Taaruf dengan lelaki yang kerja sebagai jurutera sangat santai. Sekarang kami dah nak bertunang. “Sebelum ini pernah taaruf dengan ustaz. Tak habis-habis minta gambar swafoto. Lepas itu suka berborak ke arah lucah.“Disebabkan spesies inilah semua ustaz-ustaz yang bagus pun kena tempias,” ujar wanita itu.Menurutnya, pengalaman berkenaan membuka matanya agar tidak terlalu mudah menilai seseorang berdasarkan penampilan sahaja.Wanita tular di aplikasi Threads selepas kongsi kisah berkenalan dengan seorang ustaz.Dia mendakwa lelaki itu sering meminta swafoto dan bercakap perkara kurang baik.Dia berkata pengalaman itu berbeza sewaktu dia berkenalan dengan seorang jurutera.Beberapa netizen turut kongsi pengalaman taaruf dengan lelaki berperwatakan alim.Ringkasan ini dijana oleh AI“Tak dinafikan, ramai yang betul-betul amalkan ilmu mereka. Cuma sayang ada segelintir tak amalkan ilmu yang mereka belajar.“Ini peringatan untuk diri sendiri agar tidak mudah menilai orang."Yang tiada latar belakang agama ini kadang-kadang lagi baik daripada yang belajar agama,” luahnya lagi.Hantaran yang dimuat naik menerusi aplikasi Threads itu turut mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tergoda, tak tahan” - Baru sekali taaruf, wanita terkejut ustaz sekolah menengah ajak panggil ‘sayang’ARTIKEL BERKAITAN: Bapa bengang ustaz ajak anak sedang 'intern' keluar malam, nak jadikan bini kedua - "Takkan benarkan walau nampak baik"“Betul. Saya pernah bertunang dengan ustaz. Tak habis-habis minta gambar swafoto. Memang patut kami putus. “Ini masalah sikap. Tiada kaitan dengan pekerjaan. Ada je yang nampak baik depan mata, tapi hakikatnya tidak begitu.“Yang buat salah tu individu. Bukannya gelaran ustaz. Sedih bila orang yang betul-betul jaga agama terkena tempias sekali,” tulis netizen.