SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila teman lelakinya tergamak mengungkit segala bantuan yang pernah dihulurkan setiap kali timbul pertengkaran antara mereka.Lebih menggores hati, lelaki itu turut melemparkan kata-kata sindiran tajam dengan mendakwa selama ini dia hidup atas belas ihsannya. Tambahan pula, pemberian yang kononnya diberi seikhlas hati itu dibuat ketika dia baru memulakan kehidupan baharu di Melaka."Masa tu aku jauh dengan keluarga, jadi dia yang banyak tolong seperti belanja makan dan minum.Setiap pasangan pasti diuji dengan salah faham dan komitmen bersama. -Gambar hiasan"Aku tak pernah minta pun, kadang-kadang dia sendiri yang tawarkan bantuan. Tapi apabila ada salah faham dan bergaduh, dia keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati aku"Dia pernah kata... kau hidup pun atas belas ihsan aku. Kesian tengok hidup kau," luahnya di Thread.Tambah memilukan, wanita itu sebenarnya dalam diam sedang berhempas-pulas mengumpul wang demi memberi kejutan istimewa buat insan kesayangannya itu."Paling menyedihkan, aku sebenarnya tengah berusaha mencari duit untuk kerja sambilan dan buat apa yang aku mampu untuk meraikan hari lahir dia, belikan hadiah.Seorang wanita terkilan apabila teman lelakinya mengungkit bantuan yang pernah diberikan ketika mereka bertengkar.Lelaki itu didakwa berkata wanita berkenaan hidup atas belas ihsannya, walaupun dia tidak pernah meminta untuk dibelanjakan.Kata-kata tersebut membuatkan wanita itu terlalu penat dari segi emosi sehingga pulang menemui ibu bapanya.Dia lebih sedih kerana ketika itu sedang berusaha mencari duit melalui kerja sambilan untuk menyambut hari lahir teman lelakinya dan membelikannya hadiah.Walaupun menghargai kebaikan pasangannya, sikap mengungkit itu membuatkannya mempersoalkan masa depan hubungan mereka.Ringkasan ini dijana oleh AI"Jadi apabila orang yang aku sayang dan terfikir untuk bina kehidupan bersama cakap macam tu, pelbagai persoalan mula muncul," adunya lagi.Pun begitu, dia tidak menafikan bahawa teman lelakinya seorang yang baik dan sanggup berkorban apa sahaja untuknya.Namun sikap mengungkit itu membuatkan dia berasa bimbang sekiranya hubungan percintaan diteruskan sehingga ke jenjang pelamin.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘panas’ suami asyik ungkit taja umrah setiap kali bergaduh, tak fikir panjang terus ‘transfer’ RM13,000 - “Aku tak hadap!”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bawa famili nak elak maksiat keluar 'dating' berdua... Kekasih merungut habis beratus ringgit kena belanja makan, 'shopping'Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia berfikir tentang masa depan bersama dengan pasangan yang gemar mengungkit."Bayar balik duit dia sikit-sikit. Kalau dia tolak, cakap je awak tak mahu hidup atas ihsan. Kemudian jangan jadi suri rumah kalau berkahwin dengan dia."Memang kamu silap, bergantung pada lelaki yang bukan suami kamu. Boleh jauhkan diri," demikian reaksi netizen.