Langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk elak diperalatkan pihak tidak bertanggungjawab. -Gambar hiasan AI
MEREKA yang mencari rezeki sebagai penghantar makanan pasti sudah lali berdepan pelbagai ragam pelanggan, termasuk permintaan pelik yang kadang kala mengundang rasa hairan dan curiga.Tidak menyangka akan melalui situasi mencemaskan, seorang anak muda tampil berkongsi pengalaman apabila diminta menghantar satu bungkusan misteri ke lokasi yang agak jauh. Menurutnya, dia menerima pesanan daripada seorang lelaki warga asing yang memintanya menghantar sebungkus roti kepada pelanggan.Bagaimanapun, bau kurang menyenangkan daripada bungkusan itu membuatkan dia berasa tidak sedap hati, sekali gus mendorongnya untuk memeriksa isi kandungan plastik berkenaan walaupun sedar tindakan itu menyalahi prosedur.Tugasan menghantar barang sering diuji dengan pelbagai perkara. -Gambar hiasan"Saya dah terkena... masa ambil pesanan daripada warga asing ni, hati dah rasa tak sedap sebab bau kuat sangat keluar dari plastik bungkusan tu."Saya mengaku salah sebab gatal tangan pergi periksa, tapi rupa-rupanya ada barang tak disangka kat dalam. Tanpa fikir panjang, saya terus ke balai polis berhampiran untuk serahkan bungkusan tu."Bayangkan dari Sentul ke Bandar Mahkota Cheras hanya untuk hantar roti, saya jadi pelik kenapa jauh sangat nak hantar... takkanlah di Cheras tak ada roti," kongsinya di Thread.Seorang penghantar makanan berasa curiga selepas menerima pesanan menghantar sebungkus roti dari Sentul ke Bandar Mahkota Cheras.Bau kuat daripada plastik bungkusan membuatkan dia tidak sedap hati.Dia kemudian memeriksa bungkusan itu dan mendakwa menemukan kepingan mampat ganja yang diselitkan bersama roti.Lelaki itu berkata dia menyerahkan bungkusan berkenaan kepada polis.Perkongsiannya mengundang kebimbangan warga maya terhadap keselamatannya.Ringkasan ini dijana oleh AICeritanya lagi, hasil pemeriksaan lanjut ke atas barang tersebut mengundang kejutan besar apabila dia mendapati kepingan mampat ganja turut diselitkan bersama roti berkenaan.Malah katanya, tindakan drastik dengan menghantar bungkusan tersebut ke balai polis menyebabkan tahap penarafan (rating) perkhidmatannya dalam aplikasi penghantaran merosot secara mendadak."Rating saya turun sebab tak hantar bungkusan tu kepada pelanggan," luahnya sayu.ARTIKEL BERKAITAN: Geng 'rider' veteran tahan konvoi pemuda, minta padam rakaman kamera 360... Takut kantoi bawa skandal ke Cameron HighlandsARTIKEL BERKAITAN: Umpama diberi nyawa kedua… Rider menggigil kepala sejengkal daripada tayar treler, terus insaf sampai tak berani tinggal solatPerkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya bimbang akan keselamatan nyawa penghantar makanan berkenaan selepas berani membongkar taktik haram itu."Bahaya betul macam ni, patut kerjasama dengan polis untuk hantar macam biasa dan polis boleh terus serbu."Parah dah aku rasa Malaysia ni sampaikan kena tunduk pada warga asing, patutnya warga asing tu yang takut sebab dah kantoi."Berani betul kau dik, bimbang kena nanti dengan warga asing tu," demikian reaksi netizen.