suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelayan restoran diludah, pelanggan mengamuk tak dapat gabung meja! Makin malang bos bagi surat amaran

Kakitangan restoran juga berhak dilayan dengan bermaruah. -Gambar hiasan AI

PEKERJA dalam sektor perkhidmatan makanan dan minuman perlu menahan sabar demi memberikan layanan terbaik kepada setiap pelanggan yang datang.

Namun di sebalik senyuman yang dilemparkan, tidak kurang juga kakitangan restoran yang terpaksa menelan pahit apabila diperlakukan secara tidak sopan serta dihina oleh segelintir pelanggan tidak bertanggungjawab.

Begitulah pengalaman pahit yang pernah dilalui seorang lelaki sewaktu bekerja di sebuah restoran ketika negara berdepan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu.

Pelayan berdepan pelbagai kerenah pelanggan setiap hari. -Gambar hiasan AI

"Waktu itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tapi orang ramai dah dibenarkan makan di kedai. Cuma kena ada jarak antara meja. Satu meja boleh duduk dua orang saja.

"Datang sekeluarga ada enam orang. Mereka nak gabung tiga meja. Saya maklumkan tak boleh gabung, sebab pihak berkuasa selalu ronda dan akan saman kalau tak ikut peraturan.

"Dia bising. Dia kata tak kisah satu keluarga kena Covid-19. Saya kata memang tak boleh. Dia bebel-bebel, kemudian dia ludah saya," imbas lelaki itu.

  • Seorang kakitangan restoran imbas pengalaman pahit bekerja sewaktu pandemik.
  • Dia mendakwa dimarahi pelanggan kerana tidak membenarkan tiga meja digabung.
  • Lebih teruk, dia mendakwa turut dimaki dan diludah oleh pelanggan berkenaan.
  • Pekerja itu terima surat amaran kerana dia turut memaki hamun pelanggan.

Imbasnya lagi, kesabarannya tercabar dan dia membalas semula kata-kata biadab pelanggan berkenaan sehingga diberikan surat amaran oleh majikan.

"Hidup ni memang penuh dengan kesabaran. Tapi saya tiada kesabaran pada waktu itu. Memang saya maki mereka sekeluarga. Kemudian mereka buat aduan. Saya dapat surat amaran sebab tak hormat pelanggan," ceritanya lagi.

Selain lelaki itu, ramai lagi pelayar Threads yang lain turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan pelanggan biadab.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan terkedu peniaga tak terima QR, bagi tunai tapi tiada tukaran duit kecil - “Ingat ini tahun 1990 ke?“

ARTIKEL BERKAITAN: Letak otak-otak atas meja pelanggan, peniaga terus patah semangat dihina macam peminta sedekah

"Aku paling pantang apabila pelanggan campak duit, padahal kita dah tadah tangan. Dia ingat kita pengemis ke?

"Saya pernah cakap dengan pelanggan. Saya kata jangan datang bawa duit je, tapi bawa adab sekali.

"Zaman sekarang susah nak dapat pelanggan yang beradab," tulis beberapa pelayar Threads.

Artikel Lain