KATA-KATA cacian dan penghinaan boleh mencalar emosi mana-mana individu apatah lagi bagi mereka yang sedang berjuang meneruskan kehidupan yang serba mencabar.Seperti kisah diceritakan lelaki ini, hatinya tersentuh apabila melihat riak wajah peniaga otak-otak yang kelihatan sugul dan tidak bermaya. Ketika bertanya tentang sikap anehnya, peniaga itu memberitahu dia patah semangat untuk meneruskan perniagaan selepas dianggap seperti penggemis oleh pelanggan.Hargai dan hormati setiap peniaga yang sedang berusaha mencari rezeki. -Gambar hiasan AI"Selalunya dia tutup gerai sama waktu dengan kedai masakan barat tapi hari itu dia dah mula kemas lebih awal."Aku pun pergi bayar otak-otak yang kami makan tadi. Sambil itu aku tanya, awal tutup hari ini?Dia cerita hari ini ada pelanggan hina dia masa letak makanan itu atas meja. Pakcik itu kata cara dia berniaga macam penggemis," ceritanya di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: “Pekak badak, patut tak laku” - Sedih dengar mak dihina pelanggan, peniaga bazar pertahan ibu OKU gigih cari rezekiARTIKEL BERKAITAN: Peniaga celup kepala dalam minuman tak habis ibarat hina rezeki, ketahuilah dalam Islam adab terhadap rezeki makanan sangat tinggiPerkongsian itu membuatkan pelanggan berkenaan terkedu kerana peniaga tersebut hanya cuba mencari rezeki melalui perniagaan kecil-kecilan."Adik ini cuma sedang berusaha cari rezeki. Kalau tak nak makan, cakap saja elok-elok. Tak perlu hina orang yang sedang bekerja."Bila pelanggan datang, dia akan letak satu bekas atas meja. Siapa nak makan, ambil saja dan bayar kemudian. Dia tak paksa sesiapa pun," katanya.Peniaga otak-otak sedih selepas dikatakan dihina pelanggan ketika berniaga.Pelanggan simpati melihat peniaga berkenaan mula mengemas gerai lebih awal.Peniaga hanya cuba mencari rezeki tanpa memaksa pelanggan membeli.Kisah tersebut mendapat perhatian dan simpati pengguna media sosial.Netizen turut mengecam tindakan pelanggan yang didakwa menghina peniaga.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, dia turut menitipkan kata-kata semangat kepada peniaga berkenaan supaya tidak berputus asa."Kepada pakcik tersebut, mungkin bagi pakcik itu cuma satu ayat. Tapi bagi anak muda yang sedang berjuang dalam dunia perniagaan, kata-kata itu boleh buat dia hilang semangat."Adik, jangan putus asa. Malam ini kami makan otak-otak adik dan kami hargai usaha adik. Semoga esok hari lebih baik untuk adik," ujarnya.