suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang bengang adik digelar bongok sebab ‘slow’ buat kerja, persoal budaya ajar staf dengan cara menghina

Tegur kesilapan pekerja tanpa menjatuhkan maruah mereka. -Gambar hiasan AI

SETIAP orang mempunyai cara dan tempoh berbeza untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja baharu, terutama ketika masih dalam proses mempelajari tugas serta budaya sesebuah organisasi.

Namun, teguran keterlaluan sehingga melibatkan penghinaan dan kata-kata kesat boleh meninggalkan kesan kepada pekerja, lebih-lebih lagi mereka yang masih baharu dalam dunia pekerjaan.

Perkara itu turut menjadi perhatian seorang individu yang berkongsi pengalaman adiknya mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas beberapa hari bekerja gara-gara dikatakan dimaki dan dihina oleh pengurus.

Jangan maki dan hina pekerja hanya kerana mereka masih belajar. -Gambar hiasan AI

"Adik aku berhenti lepas beberapa hari kerja sebab manager kata dia bongok sebab slow. Padahal budak itu dalam proses belajar.

"Kadang Gen Z ni jadi keras kepala, buat keputusan tak fikir panjang sebab sesetengah manager golongan milenial ini melampau-lampau," ceritanya.

Katanya, setiap individu mempunyai proses pembelajaran berbeza dan seseorang yang lebih berpengalaman tidak seharusnya menggunakan ilmu dimiliki untuk merendahkan orang lain.

Malah, dia berpandangan teguran boleh disampaikan dengan cara yang lebih berhemah tanpa menjatuhkan maruah pekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga maki-maki pekerja servis penghantar barang, kek RM113 hancur tengah jalan... Driver kumpul duit bayar tapi tak cukup RM3

ARTIKEL BERKAITAN: Bos toksik selalu maki depan pelanggan... Pemuda dah tak mampu bertahan dikerah kerja 12 jam sehari tiada OT, cuti sekali seminggu

"Jangan normalisasikan hina orang dan tak beradab bila kau sedang mengajar orang lain untuk faham proses sesuatu. Kau jangan sombong dengan ilmu kau ada.

"Setiap orang ada proses untuk belajar bukannya terus layan orang tu macam tak ada harga diri. Sudah jadi budaya pula nak ajar orang kena maki, hina dan tengking-tengking.

"Cara orang yang cetek ilmu mendidik ni memang tak bertamadun," jelasnya lagi dalam hantaran dibuat di Threads.

  • Adik berhenti kerja selepas dihina manager.
  • Pekerja baharu perlukan masa untuk belajar.
  • Jangan normalisasikan budaya memaki pekerja.
  • Teguran boleh dibuat secara berhemah.
  • Netizen kongsi pengalaman di tempat kerja.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang menyifatkan pekerja baharu memerlukan masa untuk memahami arahan, skop kerja serta prosedur sesebuah syarikat.

"Kadang-kadang kita bukan tak faham arahan, tetapi arahan yang diberikan tidak jelas. Kita minta ulang dua kali, dia mengeluh. 

"Kadang-kadang kita faham skop dan perkara yang dipelajari untuk kerja, tetapi cara kerja serta polisi syarikat berbeza menyebabkan kita mengambil masa untuk faham.

"Dia ingat kita belajar sekali sehari terus faham semua kehendak syarikat. Engkau yang lama pun kadang-kadang bertukar-tukar pemikiran, kerja pun tiada SOP," komen netizen berkenaan.

Artikel Lain