MENYEDIAKAN makanan untuk keluarga besar dengan wang terhad memerlukan seseorang merancang menu yang hendak dimasak supaya cukup untuk dijamah semua orang.Melakukan perkara sama, wanita ini bagaimanapun dirundung pilu apabila ibu mentuanya bukan sahaja enggan menikmati setiap hidangan dimasak malah tergamak membiarkannya basi. "Ibu mentua duduk dengan saya sekeluarga sejak awal tahun lalu sebab dia sunyi kerana ayah mentua sudah meninggal dunia."Suami saya pula satu-satunya anak lelaki yang dia ada, jadi saya terima kedatangan dia walaupun sejujurnya kami lima beranak pun cukup-cukup makan.Setiap wanita pasti berhadapan cabaran untuk menjaga ibu mentuanya. -Gambar hiasan AI"Cuma saya sedih dan terkilan sebab dia tak mahu makan apa yang saya masak, terlalu memilih," luahnya di Threads.Mengakui cuba untuk menambat hati ibu mentua, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata, dia selalu memaklumkan tentang menu sebelum memasak.Namun malangnya, warga emas itu tetap enggan makan meskipun memberikan jawapan positif pada awalnya."Lepas hidang, dia akan makan nasi dengan kicap tapi selalunya dia tak makan bersama pun.Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila ibu mentuanya yang tinggal bersama mereka sejak kematian suami enggan menjamah lauk yang dimasak.Walaupun keluarganya cukup-cukup makan, dia tetap menyimpan bahagian ibu mentuanya setiap kali menyediakan hidangan.Menurutnya, ibu mentua sering bersetuju apabila dimaklumkan tentang menu, tetapi kemudian hanya makan nasi dengan kicap.Wanita itu paling sedih apabila telur masak kicap yang dibeli suaminya menggunakan duit syiling dibiarkan basi, sedangkan anak-anaknya berselera memakannya.Warga maya menyarankan dia berterus terang tentang keadaan kewangan keluarga, selain berpandangan kehilangan suami mungkin menjejaskan selera makan ibu mentuanya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Apabila saya hidang, dia akan masuk bilik untuk tidur, jadi saya simpan lauk yang dimasak untuk dia," adunya menceritakan situasi yang sering berlaku.Tambahnya, apa lebih menggores hati, setiap makanan yang disimpan akan terbiar basi tanpa disentuh sedangkan dia dan suami mencatu makanan.Peristiwa yang tidak dapat dilupakan adalah ketika suaminya membeli 10 biji telur untuk dibuat masak kicap."Suami korek duit syiling untuk beli telur itu, tapi akhirnya bahagian yang disimpan untuk ibu mentua jadi basi.ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak boleh pandang muka dia” - Wanita jauh hati pengakuan ibu mentua ketika berpantang, bukan menantu pilihan tetapi ‘terpaksa’ terimaARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua tunjuk perangai keji! Suruh anak lelaki ‘cuci mata’ tengok perempuan cantik, tak hormat perasaan menantu"Sedangkan anak-anak makan dengan penuh berselera, sepatutnya saya bagi je pada anak-anak," luahnya kecewa.Situasi yang dikongsikannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia bersabar dengan kerenah ibu mentua."Beritahu dia yang korang tengah struggle dan terpaksa catu lauk hari-hari sebab nak simpan untuk dia tapi akhirnya basi."Mungkin dia tengah kemurungan sebab kehilangan pasangan jadi tak lalu nak makan," demikian reaksi netizen.